Penjaga Hutan Segar
Cerita Seram Di Sarawak. Cerita ini admin dapatkan daripada salah seorang rakan admin semasa belajar di kampus dulu. DIa ini berasal daripada pedalaman Sarawak. Banyak cerita-cerita yang pelik yang di ceritakan. Maklumlah admin ini suka sangat cerita sera mini. Heee. Dalam artikel kali ini, admin ingin berkongsikan berkenaan ‘Penjaga Hutan Segar’. Kenapa hutan segar? Admin panggilnya hutan segar kerana ianya hutan yang masih belum diterokai oleh sesiapapun.
Ceritanya bermula apabila Ah Ling bukan nama sebenar merupakan seorang pembalak di sebuah hutan yang masih belum diterokai oleh sesiapa pun. Kawasan hutan ini terletak di sebuah perhutanan di sebuah daerah di pedalaman Sarawak. Kawasan hutan ini merupakan hutan warisan nenek moyang oleh kaum orang hulu. Menurut cerita, kawasan hutan sebegini mempunyai penunggu dan sangat keras. Ini bermakna pengunjung kena minta izin dahulu daripada ‘penjaga’ hutan tersebut sama ada melalui upacara tertentu atau dengan cara menghormati tempat tersebut apabila berada disana.
Memulakan kerja untuk servey kawasan
Apabila sekumpulan pembalak yang berpengalaman lebih daripada berbelas tahun bekerja di pelbagai tempat diarahkan oleh syarikat mereka untuk meneroka kawasan perhutanan di subuah daerah di pedalaman Sarawak. Dengan sebuah perahu panjang yang besar dengan dua buah enjin bot 40 kuasa kuda meredah arus kuat di sungai Rajang. Mereka terdiri daripada 9 orang yang diketuai oleh Ah Ling bertolak dengan kelengkapan makanan dah khemah mereka.
Kelengkapan yang mereka bawa ini adalah hanya cukup untuk empat minggu berada di sebuah hutan yang masih ‘segar’ sementara menunggu tiga buah jentolak dan dua jengkaut tiba di hutan tempat mereka mendirikan khemah . Dari segi makanannya pula, mereka tidak bimbang kerana kawasan hutan sebegini mempunyai haiwan yang masih banyak dan bebas daripada ancaman kepupusan. Dua buah senapang patah buatan sendiri menjadi harapan kepada mereka untuk memburu babi hutan dan rusa. Ikan seperti ikan semah tidak menjadi masalah untuk hidangan mereka.
Pada minggu pertama mereka agak sibuk untuk melakukan sedikit ‘survey’ pada kawasan hutan berhampiran. Dalam ‘survey’ mereka terserempat dengan pelbagai jenis binatang seperti babi hutan, kijang dan rusa. Mereka juga terpaksa pergi ke kawasan rumah panjang orang ulu yang berada lebih kurang satu hari perjalan kerana terpaksa menandakan kawasan untuk diterokai nanti. Dengan meredah hutan dan juga untuk sampai ke kawasan rumah panjang tersebut. Setelah meerka smapi di rumah panjang, mereka banyak bercerita pelbagai kisah termasuk kisah yang menakutkan dan mengerikan.
Pesanan dan nasihat orang ulu
Dalam mereka berbual, seorang daripada penduduk rumah panjang tersebut menegur supaya sentiasa menjaga tingkah laku semasa berada di hutan dan sentiasa menghormati adat resam orang ulu. Nasihat daripada salah seorang daripada orang ulu tersebut sentiasa diingati oleh mereka. Namun salah seorang daripada mereka merupakan seorang yang kuat agama dan tidak akan menpercayai perkara sedemikian. Setelah meneguk beberapa gelas kopi ‘kow’ yang disediakan oleh isteri tuai rumah tersebut mereka pun beredar.
Tidak seperti mereka datang, mereka meredah hutan hampir satu hari perjalanan. Kini mereka pulang ke khemah hanya menggunaka jalan lurus yang mengambil masa lebih kurang setengah hari kerana kawasan yang akan diterokai nanti telah pun ditandai. Dalam perjalanan tersebut mereka terjumpa sungai yang amat cantik. Dalam sungai tersebut mereka dapat melihat ikan-ikan semah berenang bebas dan dapat dilihat melalui kejernihan air sungai tersebut.
Sesuatu yang pelik dan tidak masuk akal berlaku
Tanpa berfikir panjang mereka pun berpakat untuk berehat dan mengambil kayu api untuk menyalakan api untuk memasak nasi dan lauk yang mereka dapat semasa dalam perjalanan tadi. Salah seorang daripada mereka tadi iaitu yang kuat agama bercakap tidak mempercayai apa yang orang ulu tadi nasihatkan. Dia mula mencabar hutan tersebut dan berteriak walaupun dilarang dan dinasihati oleh rakan yangt lain.
Nasi dan lauk tidak masak
Tidak sampai sepuluh minit, cuaca pun bertukar menjadi mendung. Nasi dan lauk yang tadi sepatutnya dah lama masak seolah-olah yang periuk tadi baru sahaja diletakkan di atas api. Kesemua mereka kehairanan dan berpaling semasa sendiri. ‘kalau macam ini kita tidak akan makan dan terpaksa menahan lapar’ kata Ah Ling, ketua mereka. Mereka cuba memasak sekali lagi nasi dan lauk. Lebih setengah jam, nasi dan lauk tadi menunjukkan yang ianya tidak akan masak.
Ah Ling memandang ke atas, langit yang tadinya mendung kini bertukar menjadi lebih mendung seolah-olah hutan kuat akan turun. Seketika kemudian, salah seorang daripada mereka berbisik kepada Ah Ling. ‘Ah Ling, u ada dengar apa yang saya dengar tak?’ Bunyi deruan arus kuat dari hulu sungai telah mematikan fikiran mereka. Mana tidaknya sungai yang sebegitu jernih dengan ikan-ikan semah kini bertukar menjadi sebuah sungai yang ‘ganas’. Seolah-olah tempat tersebut dilanda taufan.
Tanpa berfikir panjang, mereka terus naik ke kawasan lebih tinggi. Kesemua masakan mereka yang masih mentah tadi ditinggalkan dan semuanya musnah dibawah oleh arus sungai yang deras tadi. Setelah sejam mereka menunggu keadaan reda, mereka pun mula bercakap sesama sendiri dan tanpa berfikir panjang Ah Ling terus membawa mereka naik terus ke kawasan lebih tinggi memandangkan air sungai tadi tidak menunjukkan ianya akan surut.
Bertambah pelik lagi kerana mereka tetap berada di kawasan yang sama dan buntu mencari jalan keluar
Setelah sampai ke kawasan yang lebih tinggi, mereka kini memutuskan untuk pulang sahaja terus ke khemah dengan menahan perut yang lapar. Rakan mereka yang kuat agama tadi hanya tersengih apabila ditegur oleh Ah Ling, namun dia masih tidak mempercayai perkara yang baru berlaku kerana semua itu berlaku secara semulajadi katanya. Namun ujian kepada mereka terus menjadi. Kini mereka tidak menjumpai jalan keluar. Apabila mereka berjalan keluar lebih kurang sepuluh minit mereka dengan secara tiba-tiba tiba di tempat mereka berdiri tadi.
Kini setelah hampir sepuluh kali mereka cuba untuk keluar daripada tempat mereka tadi dengan perlbagai arah, tetapi mereka tetap tiba di tempat mereka berdiri tadi. Mereka kini buntu. Rakan mereka yang kuat agama tadi mulai mempercayai apa yang orang ulu tadi cakap. Jam menunjukkan hampir jam 3.50 petang tetapi mereka masih buntu memikirkan jalan pulang. Jika mereka tidak memjumpai jalan pulang sebelum pulul 4.30 petang maknanya mereka terpaksa meredah hutan dalam keadaan gelap. Salah seorang daripada mereka teringat pesan nenek moyangnya apabila sesat untuk menjumpai jalan pulang, ambil sebatan rotan yang panjangnya lebih kurang 3-5 meter dan kalau tidak ada rotan berdekatan ambil akar kayu yang boleh dibelah dua. Belah rotan atau kayu tadi ditengah-tengah iaitu muat untuk sesorang masuk dalam belahan rotan atau kayu tadi.
Setelah rotan tadi dibelah dua dan dihalakan ke jalan yang dirasakan menghala ke khemah mereka, mereka mula masuk seorang demi seorang dan kini mereka berjaya berjalan melebihi tiga puluh minit dan akhirnya mereka berjaya menemui denai yang mereka mula redah semasa memulakan perjalanan menandai kawasan hutan sebelumnya. Kesemua mereka berasa lega.
Terkena badi
Lebih satu jam mereka berjalah dan kini mereka telah pun sampi di khemah masing dengan perut yang lapar tanpa sebarang makanan di dalam perut. Rakan mereka yang kuat agama tadi percaya nasihat yang diberikan oleh orang ulu tersebut. Keesokan harinya dia mengalami demam panas. Rakan-rakan yang lain memberikannya ubat tetapi tidak menunjukkan yang ianya tidak akan sembuh. Mereka mula mendapatkan bantuan daripada orang ulu yang secara kebetulan memburu babi hutan berdekatan dengan khemah mereka dan singgah di khemah mereka.
Setelah melakukan upacara tertentu barulah penyakit rakan mereka ini tadi sembuh. Orang ulu tersebut mengatakan yang dia terkena sedikit bala kerana ‘dimarahi’ oleh penjaga hutan kerana tidak mengendahkan dan tidak menghormati penjaga hutan. Kini dia percaya, bukan manusia sahaja yang menghuni bumi ini, malah banyak makhluk lagi yang tinggal bersama manusia yang perasaan hormat-menghormati perlu dijaga sesame penghuni. Sekian.


0 Comments