Jika anda biasa berjalan-jalan di hutan bagi tujuan mencari sumber alam, anda biasanya sering terjumpa pelbagai jenis pokok-pokok yang biasanya dihuni oleh makhluk halus. Sebelum anda terkena badi pokok tersebut ada baiknya anda kenali jenis-jenis pokok yang biasanya dihuni oleh makhluk halus.
5 Jenis Pokok Ini Dihuni Oleh 90% Makhluk Halus Yang Anda Harus Elakkan
1. Pokok Beringin
Jika di Indonesia hantu Gundoruwo ini amat terkenal dikalangan penduduk kerana sering menghuni pokok beringin tua.
Pokok Beringin menjadi favourite hantu gundoruwo. Gundorowo amat meminati pokok beringin kerana akar dan daun-daunnya berjuntaian apatah lagi bagi pokok beringin yang sudah tua.
Harus diingat, anda digalakkan untuk menghormati pokok beringin. Jangan sebarang untuk memotong dahan dan pokok tersebut kerana badi pastinya akan menimpa anda jika tidak diubati dengan meraka yang arif berkenaan makluk halus.
2. Pokok Ara
Pokok ara sering menjadi habitat pelbagai jenis hantu dan tidak hairanlah tempat sebegini menjadi tempat pemujaan golongan tertentu. |
Pokok ara agak menyerupai pokok beringin. Akar-akar yang berjuntaian sampai ke tanah menjadi habitat pelbagai makluk halus terutamanya pokok ara yang besar dan sudah tua. Jika anda mencari tempat berteduh dihutan sila elakkan berteduh di tempat sebegini apatah lagi apabila hujan panas.
3. Pokok Kekabu/ Kapok
Sejuk mata memandang. Tetapi jangan lupa ianya sering menjadi habitat makkluk halus. |
Pokok kebabu/ kapok ini biasanay boleh ditanam sendiri. Banyak pokok kekabu ini kelihatan di sepanjang jalan raya atau di sekitar perumahan. Namun disebalik itu, ramai yang tidak menyedari yang pokok kekabu ini menjadi habitat pontianak.
Jika malam sebelum ini anda sentiasa melimpas pokok kekabu di sepanjang jalan untuk ke rumah saudara mara, kini anda harus berfikir dua kali untuk berbuat demikian kerana mungkin anda terserempak dengan pontianak yang bermain-main di dahan pokok kekabu tersebut.
4. Pokok Saga
Pokok saga yang mempunyai biji yang merah 'menyala' ini menjadi habitat makhluk halus kerana makhluk halus dipercayai menyukai warna merah terang tersebut. |
Pokok saga ini juga senang didapati di kejiranan arau perumhan. Pokok saga ini agak besar jika mencapai umur. Dengan biji yang merah 'menyala' ini menjadikannya tarikan pelbagai jenis hantu untuk menghuni pokok saga tersebut.
Elakkan anak-anak bermain berdekatan dan mengutip biji saga ini terutamanya waktu senja kerana waktu inilah hantu-hantu kerluar.
5. Pokok Nangka
Pokok nangka dikatakan berhantu sekiranya ianya mencapai usia dan mempunyai batang yang sangat besar. |
Semua pastinya tahu pokok nangka. Pokok nangka senang didapati di kebun-kebun dan ianya ditanam oleh manusia untuk mendapatkan buahnya yang enak. Namun, siapa sangka pokok nangka ini menjadi tempat tinggal oleh makluk halus juga.
Elakkan kencing pada tempat ini dan cuba elakkan melimpasi pokok ini jika anda berjalan terutamnya waktu senja. Pokok nangka ini menjadi habitat makluk halus jika pokok ini telah mencapai usia. Namun, jika ianya masih pokok nangka yang kecil biasanya ia tidak dihuni oleh makluk halus.
0 Comments