Bukit Tilung Indonesia

Bukit Tilung yang terletak di Kalimantan Barat, Indonesia merupakan Bukit Suci Dayak Orung Da'an.


bukit tilung kalimantan barat image

Seperti kepercayaan masyarakat lain di dunia, masyarakat yang dikenali sebagai Dayak Orung Da'an yang menetap di Kalimantan Barat, Indonesia ini mempercayai bahawa setelah mati jiwa seseorang itu akan berkumpul di Bukit Tilung. Menurut cerita, sebelum memasuki Bukit Tilung ini, sesorang itu perlu terlebih dahulu melalui kawasan yang dikenali Batang Mandai.

Tempat ini tidak boleh dimasuki oleh sembarangan orang kerana dipercayai 'dijaga' oleh semangat atau roh tertentu yang hanya orang Dayak Orung Da'an sahaja tahu. Upacara tertentu dkenali sebagai upacara miring oleh kebanyakkan orang dayak di Indonesia perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memasuki tempat ini.

Upacara miring oleh Dayak Orung Da'an


upacara miring bukit tilung kalimantan barat image

Upacara miring ini dilakukan sebagai memberi salam, sajian, dan meminta keselamatan mereka yang memasuki dan mendaki Bukit Tilung ini dijaga oleh 'penjaga' tempat ini. Biasanya upacara miring ini mesti dilakukan oleh orang 'kebal' badan atau dikenali sebagai 'dinding bulu' oleh masyarakat dayak lainnya termasuk masyarakat dayak Malaysia yang bersempadani dengan sempadan Indonesia/Malaysia di kepulauan Borneo.

Kakek Rajang, merupakan bekas temenggong atau dikenali juga sebagai ketua Dayak Orung Da'an merupakan orang terpilih untuk melakukan upacara miring dengan mengkorban seekor ayam, beras pulut, daun sirih, nasi dan beram yang telah digunakan untuk membuat wain beras bagi meminta restu penjaga Bukit Tilung untuk memberi keselamatan.

Bukit Tilung termasuk dalam jajaran perbukitan di hulu Sungai Mandai, sungai yang terletak di jantung Kalimantan. Di bukit ini kita masih bisa menemukan hutan Kalimantan yang masih rapat dan belum tersentuh penebangan.

Terdapat juga desa yang dikenali sebagagai Nanga Raun yang pernah mempunyai rumah panjang terpanjang di kalimantan Barat dan dikelilingi oleh Bukit Tilung, Bukit Tunggul, Bukit Amaiambit, Bukit Liang Gagang, Bukit Pari dan Bukit Bumbun

Ketinggian Bukit Tilung


Bukit Tilung mempunyai ketinggian 1112 meter dari aras laut. Bukit Tilung ini tidaklah setinggi bukit-bukit lain tetapi cabaran pendakian amat mencabar kerana hutan disini masih segar dan tumbuhan yang tumbuh adalah sangat rapat dan memaksa pendaki menyelinap dicelah-celah pohon-pohon kecil untuk melepasinya.

Pendakian menuju bukit ini dimulai dari ketinggian 50 mdpl. Terdapat juga dua jalur menuju kaki bukit iaitu dengan melalui hutan dan ladang penduduk disitu yang memakan masa 3 jam berjalan kaki dari dusun Tilung, atau mengikuti aliran sungai Bantang Mandai ke hilir dan masuk ke Sungai Raun menggunakan perahu berenjin kuasa kuda.

Memulakan perjalan dan pendakian


upacara miring bukit tilung kalimantan barat image

Pendaki boleh memulakan pendakian dengan berjalan kaki dengan menuju ke kaki Bukit Tilung atau bleh juga mengikuti jalan sungai dengan menggunakan perahu. Bukit Tilung terletak sepanjang aliran Sungai Raun, sungai yang diangkat menjadi nama desa terdekat dari Bukit Tilung iaitu Nanga Raun. Di sungai ini terdapat beberapa jeram yang berbahaya.

Perjalanan dari kaki bukit dimulai dengan denai yang landai serta melimpasi sungai-sungai yang kecil dengan lebar 3-6 meter, kemudian perjalana anda akan menjadi agak 'menaik'. Denai yang semakin lama semakin susah untuk dilalui ditambah dengan hujan yang terus turun membuat perjalanan menjadi semakin sukar.

Dalam perjalanan anda mendaki ke Bukit Tilung ini, suasana nyaman yang agak dingin menjadikan pepohon yang terdapat di kawan ini ditumbuhi lumut dan dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang masih tidak terusik dan masih terjaga keasliannya. Terdapat juga air terjun yang cantik dengan aliran jernih airnya.

upacara miring bukit tilung kalimantan barat image

upacara miring bukit tilung kalimantan barat image


Gua di Bukit Tilung

Gua Pasar 


upacara miring bukit tilung kalimantan barat image

Terdapat juga gua kecil di lereng Bukit Tilung. Gua ini dijadikan tempat berteduh oleh pemburu-pemburu babi hutan jika hujan. Gua yang dikenali sebagai Gua Pasar atau Gua Mapala ini terletak di tingkat tiga Bukit Tilung. Perjalanan ke Bukit Tilung ini perlu melalui kelima-lima tingkat sebelum sampai ke puncak. Dari tingkat empat hingga ke tingkat 5 Bukit Tilung ini seperti dinding iaitu 90 darjah dan memerlukan peralatan pendakian yang sempurna untuk mendaki.

Di depan gua ini anda akan dapat melihat keaslian hutan dengan pokok-pokok yang tinggi yang menjadi habitat burung Enggang dan hidupan lainnya.

Gua Lumut


upacara miring bukit tilung kalimantan barat image

Gua Lumut juga adalah salah satu gua yang ditemukan di Bukit Tilung ini. Gua ini berada di bawah air terjun. Dengan diameter diantara 20 meter yang juga menjadi habitat hidupan liar seperti landak hutan anda akan terjumpa beberapa duri landak jika masuk ke gua ini. Gua ini juga merupakan habitat untuk burung Lumut aitu burung yang membina sarangnya dari lumut dan tanah. ~ sumber : http://backpackerakhirpekan.blogspot.my/ ~

Post a Comment

0 Comments