Rumah Panjang Traditional Yang Perlu Anda Lawati Di Kapit Sarawak

rumah panjang traditional

Kapit merupakan bahagian ketujuh dalam Sarawak. Kapit didiami oleh pelbagai kaum seperti Iban, Cina, Melayu, Kayan, Kenyah, Berawan, Kelabit, Punan, Sekapan, Melanau dan banyak lagi. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui budaya sesebuah kaum tersebut dengan melawat tempat-tempat yang banyak meninggalkan khazanah-khazanah lama.

rumah panjang traditional
Kebanyakkan rumah panjang traditional sekarang banyak digantikan dengan rumah panjang moden, namu demikian, rumah panjang traditional yang masih terpeliharan dan digunkan khas sebagai pusat perlancongan dan untuk menempatkan pelbagai barang lama seperti tembikar yang berumur mencecah ratusan tahun, pusat tenunan pua kumbu, pusat penghasilan kraftangan, tikar yang dianyam menggunkan rotan yang kini semakin susah untuk dicari.

Rumah Panjang Traditional Yang Perlu Anda Lawati Di Kapit Sarawak

Jika anda berada atau merancang percutian ke Kapit, Sarawak, anda digalakkan untuk melawati satu rumah panjang yang dihuni oleh kaum Iban di Ulu Yong, Kapit. Iaitu Rumah Panjang Jandok. Rumah panjang Jandok ini merupkan salah satu daripada rumah panjang di Bahagian Kapit yang masih mengekalkan ciri-ciri traditional dan digunakan sebagai 'homestay'. Rumah Panjang Jandok ini banyak menempatkan tengkorak-tengkorak lama.

rumah panjang traditional

Aktiviti traditional penduduk rumah panjang di Kapit Sarawak

Pelbagai aktiviti traditional rumah panjang seperti bercucuk tanam, menanam padi, menoreh getah, berkebun lada, menjala ikan, menembak ikan, memburu binatang seperti rusa, ulat sagu dan sebagainya.

rumah panjang traditional

rumah panjang traditional

rumah panjang traditional

rumah panjang traditional
  

Cara ke Rumah Panjang Jandok, Ulu Yong Kapit, Sarawak 

Jika anda hendak berhajat untuk pergi ke Rumah Panjang Jandok ini anda hanya perlu menunggu van depan market Teresang Kapit. Perjalanan ke Rumah Jandok ini mengambil masa kurang daripada sejam. Dalam perlajanan ke Rumah Panjang Jandok anda hanya berlimpas dengan beberapa buah kereta sahaja dan kawasan yang masih belum terusik dengan sebarang pencemaran lagi.-Sumber gambar : Fb Aku Anak Iban/Sarawak river

Post a Comment

2 Comments

  1. Oh tak pernah pergi rumah panjang iban tradisional. Yang moden baru pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah panjang Jandok ulu,Yong banyak menyimpan khazanah lama dan menjual hasil kraftangan.

      Delete