3 Aktivi yang anda harus lakukan apabila berada di Taman Negara Gunung Mulu

Taman Negara Gunung Mulu

Borneo sememangnya kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Pelbagai jenis binatang dan tumbuhan yang terdapat di kepulauan Borneo ini. Taman Negara Gunung Mulu amnya. Taman Negara Gunung Mulu adalah terletak di Sarawak Malaysia. Anda hanya memerlukan penerbangan dari Miri ke Mulu dan diikuti dengan kenderaan untuk sampai ke Taman Negara Gunung Mulu. 

Aktivi yang anda harus lakukan apabila berada di Taman Negara Gunung Mulu. Sebelum pergi ke Taman Negara Gunung Mulu anda seharusnya menyediakan diri dengan kekuatan fizikal kerana inilaha yang akan anda perlukan apabila berada di Taman Negara Gunung Mulu. 

3 Aktivi yang anda harus lakukan apabila berada di Taman Negara Gunung Mulu ini termasuklah.


1. Mendaki

Taman Negara Gunung Mulu

Keindahan dan luas Gunung Mulu menjadi penarik kepada pelancong untuk datang dan tidak heranlah Gua Mulu ini merupakan Gua yang terbesar sekali. Sediakan perlatan mendaki anda untuk menikmati dengan lebih dekat rupa bentuk Gunung Mulu. Penat lelah pendakian anda akan terubat apabila menikmati panorama di Gunung Mulu ini.

2. Menjelajah Gua 

Selain aktiviti pendakian, anda juga berpelang untuk menjelajah gua yang terdapat disitu. Gua Mulu. Terdapat pebagai rupa bentuk batu yang menarik perhatian anda apabila menjelajah Gua Mulu ini. Aliran lembut air yang mengalir akan menenangkan jiwa dan fikiran anda apabila berada dalam Gua Mlu. Sebagai mengalukan kedatangan anda, anda akan melihat dinding batu dan juga stalaktit dan stalagmit. Sebagai contoh, di Cave of The Winds atau lebih dikenalai sebagai Gua Angin, keindahan dinding batu dan stalaktit dan stalagmit yang disinari oleh cahaya di dalam gua menjadikan ianya gua yang amat menakjubkan.

Manakala, di kawasan Deer Cave, Anda akan melihat sarang kelalawar yang berada di langit-langit gua dengan panjangnya sekitar 2 km. Meski sedikit menyeramkan, akan tetapi kelalawar di sepanjang gua tersebut memberikan pesona tersendiri. 

3. Menyusuri sungai

Taman Negara Gunung Mulu

Terdapat sungai menghubungkan gua tersebut. Apa salahnya anda untuk pergi meneroka gua-gua lain yang terdapat disitu dengan menggunakan perahu. Anda akan menikmati panorama yang menakjubkan apabila berada diatas perahu dan berbumbungkan batu. Pemandu arah sememangnya amat diperlukan bagi mengelakkan perlaku perkara yang tidak diingini.

Justeru, rancanglah perlajalanan anda ke Gunung Mulu kerana Gunung Mulu sememangnya memberikan kepuasan tersendiri apabilan anda melakukan 3 Aktivi diatas apabila berada di Taman Negara Gunung Mulu.

Post a Comment

0 Comments