Kemestian Mendirikan Ranyai Pada Perayaan Gawai Dayak pada 31 haribulan Mei setiap tahun oleh kaum Dayak terutamanya di Sarawak. Menjelang sebelum malam pokok kelapa yang mempunyai ketinggian 5 hingga 8 meter menjadi pilihan penduduk untuk ditebang dan dijadikan serta didirikan sebagai 'ranyai' pada petang 31 haribulan Mei setiap tahun.
'Ranyai' didirikan di sebuah ruai rumah panjang yang terpilih mengikut giliran. Kemestian Mendirikan Ranyai Pada Perayaan Gawai Dayak menjadikannya tradisi turun temurun.
'Ranyai' didirikan pada sebelah petang sebagai simbolik bermulanya sambutan hari gawai pada tengah malam jam 1200 pagi nanti. Bukan hanya itu, semasa mendirikan 'ranyai', 'piring' dan membuang 'matak' menjadikan kewajipan dan disediakan semasa mendirikan 'ranyai' bagi mengelakkan malapetaka serta menjemput semengat nenek moyang datang menjenguk atau 'ngabang'.
Setelah 'ranyai' didirikan ditengah-tengah ruai, pelbagai juadah makanan dan minuman digantung pada daun 'ranyai' seperti kuih muih, beer, arak, tuak, daging dan sebagainya.
Pada sebelah malamnya, penduduk akan berkumpul di sekeliling 'ranyai' bagi bagi melakukan pelbagai upacara traditional seperti ngajat.
Ngajat akan dimulakan pada sebelah malamnya oleh seorang arif mengenai tarian ngajat dan akan berlanjut apabila si pengajat tadi menyerahkan topi 'ngajat' kepada yang lain.
Pada sebelah malamnya, penduduk akan berkumpul di sekeliling 'ranyai' bagi bagi melakukan pelbagai upacara traditional seperti ngajat.
Ngajat akan dimulakan pada sebelah malamnya oleh seorang arif mengenai tarian ngajat dan akan berlanjut apabila si pengajat tadi menyerahkan topi 'ngajat' kepada yang lain.
'Menebang Ranyai' pada pagi 1 haribulan Jun
Menebang 'ranyai' menjelang padi 1 haribulan Jun setiap tahun
Begitulah turutannya sehingga pagi dimana si pengajat yang terakhir akan ditugaskan untuk 'menebang' 'ranyai' menandakan bermulanya bulan baru iaitu bulan Jun.
Acara pada sebelah pagi 1 haribulan Jun setiap tahun.
Setelah 'ranyai' 'ditebang' pelbagai acara atau aktiviti dilakukan oleh penduduk seperti makan bersama-sama apa sahaja juadah yang dihidangkan bersama seluruh keluarga di 'ruai'. Dalam masa yang sama juga, pantun juga sering dijadikan hiburan selain 'berkuntau', berkaraoke dan sebagainya. Begitulah sedikit sebanyak pengalam mendirikan 'ranyai' pada perayaan Hari Gawai.-denaiborneo.com
0 Comments