Umat Islam di Malaysia menyambut perayaan hari raya pada 25 Jun 2017 lepas. Pada zaman yang serba mencabar ini pelbagai usaha dilakukan ialeh penduduk Malaysia untuk menjana pendapatan pasif.
Begitu juga dengan Perdana Menter Malaysia, beliau bukan sahaja meluangkan masa untuk beraya bersama-sama rakyat Malaysia, tetapi juga beliau meluangkan masa dengan isteri tercinta untuk melancong ke pulau Dewata, Bali bersama keluarga selama lima hari bermula 26 Jun 2017 lepas.
Berita ini dipetik daripada media TV Indonesia dan kelab Facebook Che Det. Walaubagaimanapun, percutian mewah Perdana Menteri Malaysia ke Bali tanpa mendapat mana-mana liputan daripada media TV Malaysia itu sendiri. Dengan menyewa 41 Bilik Presidential Suites di Bali sudah tentu belanja untuk menyewa bilik tersebut menjelah ratusan ribu ringgit.
Perdana Menteri Najib yang menginap di Hotel St. Regis bilik yang sama yang pernah ditempah oleh Raja Salman dari Arab Saudi ketika bercuti di Bali pada Mac yang lalu.
Persoalan Yang Dilontarkan Netizen Terhadap Percutian Mewah Perdana Menteri
- Kenapa percuti Perdana Menteri dilakukan pada hari raya dan tanpa liputan media TV Malaysia?
- Dengan menyewa 41 Bilik Presidential Suites, siapakah yang turut serta berbanding bilik yang sebanyak itu?
- Dengan harga bilik 41 Bilik Presidential Suites itu mencecah ratusan ribu ringgit, siapakah yang membayar kesemua kos tersebut?
- Jika menggunakan dana kerajaan Malaysia, ia semestinya atas urusan rasmi dan keluarga tidak termasuk dalam belanjawan ini dan adakah semua yang terlibat layak menggunakan bilik bertaraf Presidential Suites?
Perkaitan Kepada Persoalan Yang Dilontarkan Netizen Terhadap Percutian Mewah Perdana Menteri
- St Regis Bali turut dimiliki oleh Peter Sondakh yang yang juga memiliki Hotel St Regis di Langkawi, Malaysia.
- Peter Sondakh juga pemilik Eagle High Plantation yang memiliki 37% sahamnya dibeli oleh Felda dengan harga AS$505 juta atau lebih RM2,200 juta tidak lama dahulu kerana hubungan akrab Najib dengan Peter Sondakh, tetapi juga kerana harganya yang dikira tinggi berbanding nilai pasaran semasa serta dianggap tidak memberi banyak manfaat kepada peneroka Felda.
- Justeru, dapat kita simpulkan. Jika Hotel St. Regis Bali turut dimiliki oleh Peter Sondakh, mungkin juga percutian Perdana Menteri Malaysia kali ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada ahli perniagaan terkenal Indonesia itu mengikut sumber shahbudindotcom.blogspot.my. Namun kita tidak mengetahui-denaiborneo
0 Comments