[TERBARU] Malaysian Kundasang's Trip Via Brunei, Cara isi ESS Brunei dan Maklumat Seseorang

CARA PERJALANAN DARIPADA SARAWAK, MALAYSIA MERENTASI NEGERA BRUNEI DARULSALAM KE KUNDASANG, SABAH


Jika anda daripada Sarawak dan berhasrat ke Sabah melalui negara Brunei Darulsalam, disini admin bagi sikit tips bagaimana hendak menyediakan segala keperluan termasuk passport dan kebenaran masuk ke negara Brunei.

Malaysian Kundasang's Trip Via Brunei, Cara isi ESS Brunei dan Maklumat Seseorang

1. PERJALAN PERGI (KAPIT, SARAWAK - KUNDASANG, SABAH)


Perjalanan daripada Kapit-Sibu dengan jarak 160KM, 2 jam 30 minit.

Nota 1: Minyak diesel Kapit - Sibu RM 71

Nota 2: Setkan waze anda Kapit - Sibu

Perjalan daripada Kapit, Sarawak menggunakan Nissan Navara Np300 2.5 model V auto dimulakan jam lebih kurang jam 7 pagi. Sampai di Sibu, admin dengan keluarga terus pergi ke UTC yang terletak di atas market basah Sibu untuk membuat passport khas negara Brunei Darulsalam. Passport ini berwarna biru (dikenali juga sebagai PTB atau 'passport terhad brunei) dan berharga RM50, sah untuk lima tahun sahaja.

passport terhad brunei

Jika anda ingin membuat passport international berwarna merah juga tidak ada masalah. Tempoh siapnya passport ini ialah satu jam selepas pembayaran selesai. 


Perjalanan daripada Sibu-Bintulu dengan jarak 212KM, 3 jam 30 minit.


Nota 1: Tidak membeli minyak kerana masih lebih separuh dalam tangki kereta

Nota 2: Setkan waze anda Sibu - Bintulu

Setelah passport selesai, kami terus bergerak dari Sibu dan sampai di Bintulu lebih kurang jam 3 petang. Kami menetap semalam di Bintulu sebelum meneruskan perjalan ke Miri keesokan harinya.


Perjalan daripada Bintulu-Miri dengan jarak 207KM, 3 jam.


Nota: Minyak diesel Bintulu - Miri RM 37

Sebelum meneruskan perjalanan, pastikan anda mengisi dua maklumat ini dalam sistem online Brunei:-

    i. https://login.bdnsw.gov.bn/ees/user/login 

  • (Satu hala perjalanan hanya 6 Dollar Brunei, dua hala 12 Dollar Brunei)
  • Setelah isi dan bayar menggunakan debit kad, pastikan anda print out QRCODE untuk discan dekat pos kawalan imigresen Brunei. Kalau tidak ada printer, cukup save dalam bentuk soft copy dalam handphone sahaja QRCode tersebut.        

    ii. https://www.imm.gov.bn/ (Dikenali juga sebagai e-arrival)

  • Maklumat individu dalam sesebuah kenderaan.
  • Dalam satu nama boleh add semua orang dibawah nama anda.
  • Tidak perlu print apa-apa pada bahagian ini. Cukup diisi sahaja. Semua maklumat dalam ini adakan diupdate oleh system secara automatik kedalam passport anda.

Perjalanan daripada Bintulu-Miri, kami bergerak secara perlahan kerana kami bertolak awal iaitu lebih kurang jam 7 pagi dan sampai di Miri jam 10 pagi. Sementara menunggu jam 11 pagi, kami meneruskan lawatan ke Coco Cabana, Miri sambil memancing di tepi laut.


Perjalanan daripada Miri - Lawas dengan jarak 231KM, 3 jam.

Nota 1: Minyak diesel Miri - Lawas RM 40

Nota 2: Setkan waze Miri - Lawas (jangan setkan waze menuju brunei, nanti anda dibawah masuk ke pasar Brunei. Begitu juga, jangan setkan waze anda Miri - Kota Kinabalu, takut anda akan dibawa oleh waze masuk Limbang).


Tips menghindari daripada ditahan JPJ Brunei kerana tinted kereta hitam.


Jika cermin kereta anda mempunyai 'tinted' hitam, 'tinted' hitam kereta anda sangat berpotensi untuk disaman RM150 atau anda dipaksa oleh JPJ negara Brunei untuk membuang terus tinted tersebut di hadapan mereka.

JPJ negara Brunei biasanya melakukan 'roadblock' bermula jam 9pagi - 12pm. Dalam tempoh ini, elakkan anda daripada melalui 'roadblock' tersebut.


Caranya elak saman tinted JPJ Brunei.


Admin bergerak daripada Miri ke pos kawalan Brunei lebih kurang 1 jam, jadi admin bergerak daripada Miri tepat jam 1130 pagi dan sampai di pos kawalan pertama negara Brunei lebih kurang 1230. Masa ini JPJ Brunei sudah balik dan tidak melakukan 'roadblock' lagi pada sebelah petang.

Pada jumaat, JPJ Brunei tidak melakukan 'roadblock' daripada pagi hingga malam. Masa ini anda boleh bergerak sesuka hari tanpa kena saman 'tinted'.

JPJ Brunei selalu melakukan 'roadblock' selepas pas kawalan Imigresen pertama Brunei jika anda daripada Miri, Sarawak.


Perjalanan daripada Lawas - Sipitang dengan jarak 52.2KM, 50 minit.

Nota : Tidak beli minyak, masih ada banya kminyak dalam tangki.


Perjalan daripada Sipitang - Kota Kinabalu dengan jarak 138KM, 2 Jam, 30 Minit. 

Nota : Minyak diesel Sipitang - Kota Kinabalu RM 49

Di Kota Kinabalu, kami terpaksa bermalam kerana telah menempuh perjalanan yang lama dan berasa penat badan. Kami tiba di Kota Kinabalu pada jam 2130 dan menetap di Sabah Oriental Hotel. Sebuah hotel 5 bintang dengan harga yang sangat berpatutan RM 121 semalam dengan Agoda.


Perjalanan daipada Kota Kinabalu - Kundasang dengan jarak 97.4KM, 2 Jam.

Nota : Minyak diesel RM 40


Penginapan di Kundasang

Ayana Resort, Kundasang 4h, 3m


Antara tempat menarik dilawati di Kundasang

1. War Memorial Park



2. Rabbit Village

rabbit village


3. Polumpong Melangkap
polumpong melangkap

4. Market Kundasang

market kundasang

5. Dairy Farm

dairy farm therjab

6. Sosodikon Hill

sosodikon hills


7. Sabah Tea
sabah tea therjab
8. Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

kraftangan-nabalu


9. Jambatan Gantung Tamparuli

jambatan tamparuli

10. Sinalau Bakas

sibalau bakas

11. Hidden Hills

hidden hills kundasang



PENGINAPAN DI KUNDASANG

Ayana Resort. Disini antara homestay yang sejuk terutamanya pada awal pagi dimana suhu diantara 14-16 darjah celcius. Sangat sejuk.

ayana resort kundasang


2. PERJALAN BALIK (KUNDASANG, SABAH - KAPIT, SARAWAK)

Dibawah, merupakan belanja minyak kereta. Tips pergi dan balik adalah sama seperti yang diterangkan diatas. Ingat, elakkan daripada 'roadblock' JPJ Brunei. Pastikan anda sampai di Brunei jam 12pm keatas.


Ringkasan belanja minyak kereta daripada Kundasang-Kapit

Kundasang - Kota Kinabalu RM 35

Kota Kinabalu - Lawas RM30

Miri - Bintulu RM50

Bintulu -Kapit RM90


Video trip to kundasang 4h,3m.

Post a Comment

0 Comments