13 Khasiat Daun Serai Untuk Kesihatan

13 Khasiat Daun Serai Untuk Kesihatan.

Daun serai memang terkenal untuk sebarang masakan terutamanya bagi menambahkan aroma masakan. Dari sudut kesihatan, daun serai amat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Serai adalah rempah yang tergolong dalam golongan Poaceae yang berasal dari Selatan India dan Sri Lanka. Nama saintifiknya pula Cymbopogon citratus. Daun serai ini sangat popular di asia seperti Kemboja, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai bahan ubatan traditional seperti;




1. Anti Kanser.

Serai mengandung citral, salah satu zat anti kanser yang dapat membunuh sel kanser. Caranya dengan memasak serai dan dapatkan airnya untuk diminum. Amalkan selalu bagi mendapat kesan yang baik.

2. Anemia.

Mengandungi zat besi yang dapat membantu mengekalkan oksigen ke seluruh badan.

3. Diabetes.

Serai juga boleh membersihkan fungsi pankreas sehingga dapat mengurangkan gula pada darah dan berita baik bagi penderita diabetes hanya dengan meminum airnya.

4. Membersihkan bakteria dalam badan.

Dengan meminum teh serai anda akan dapat membersihkan bakteria dalam badan kerana serai mengandungi sifat antiseptik. Ia juga dapat mengubati arthritis, asam urat dan radang saluran kencing.

5. Sebagai minyak hangat.

Serai mengandungi minyak atsiri yang dapat mengantikan balsem anda dan digunakan untuk meringankan selsema dan menghangatkan tubuh.

6. Akti oksidan.

Serai juga bertindak sebagai anti oksidan dan anti septik. Ini sangat membantu untuk membersihkan hati, ginja, saluran kencing, pankreas dan meningkatkan pergerakan darah.

7. Diet.

Meminum teh serai dapat membantu mencairkan lemak secara detoksifikasi. Kesan diurek yang terdapat dalam serai membantu melancarkan BAB dalam volume yang tinggi, efektif dan cepat dalam penurunkan berat badan.

8. Insomnia.

Insomnia ialah penyakit susah tidur. Ini adalah kerana ketidakseimbangan zat kimia dalam tubuh ataupun gangguan sistem saraf. Pengambilan serai dapat membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

9. Mengurangkat tahap kolesterol.

Serai mempunyai zat anti kolesterol dan anti aterosklerosis yang dapat mengurangi penyerapan kolesterol dalam darah.

10. Tekanan darah tinggi.

Serai dapat mengatur tekanan darah anda. Sila amalkan selalu meminum air serai.

11. Elakkan Gastrik.

Kandungan zat asam berlebihan dalam badan menyebabkan anda mengalami gangguan gastrik. Amalkan meminum air serai bagi mengelakan gastrik.

12. Sistem saraf.

Kandungan magnesium, fosfor dan folat amat penting dalam perkembangan fungsi sistem saraf.

13. Pencernaaan.
Serai mempunyai sifat anti mikroba yang boleh membunuh bakteria jahat dan perasit dan memingkatkan fungsi pencernaan, sembelit, perut kembung, kejang perut dan muntah.

Post a Comment

0 Comments