Tahi telinga dikenali sebagai kotoran di dalam telinga yang patut dikeluarkan. Tetapi menurut sains, tahi telinga membantu menghalang kotoran, habuk dan bakteria lain yang mungkin boleh merosakkan telinga dalam.

Pakar juga berkata menggunakan Q-tips atau cotton buds boleh membantu membersihkan telinga. Mungkin betul. Tetapi cara ini memang tidak digalakkan oleh pakar kerana tindakan ini hanya menolak kotoran lebih ke dalam saluran telinga kita. Pada satu-satu masa, ia boleh membawa kepada masalah yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala, masalah resdung, sakit telinga, masalah pendengaran, dan boleh menyebabkan kecederaan telinga yang lain seperti berdarah.
Menurut Dr. David Hill pakar telinga, hidung dan tekak, ubat yang sempurna untuk mengeluarkan tahi telinga boleh didapati di dalam rumah anda. Benda yang anda perlukan adalah cuka serta menggosokkannya dengan alkohol. Buat campuran cuka dan alkohol sedikit dan tuangkan setitik campuran tersebut ke dalam telinga. Pastikan anda sengetkan kepala anda selama astu minit. Kemudian kembali kepala ke kedudukan asal dan cecair kotoran dalam telinga akan mengalir keluar dari telinga. Ini adalah cara semulajadi untuk anda membuang tahi telinga dengan selamat.
Sebagai mengakhiri artikel ini, sila dapatkan kepastian daripada mereka yang pakar sebelum menggunakan tips diatas.
0 Comments