Makanan untuk elak kolesterol
Kadar kolesterol yang tinggi amat berbahaya kepada tubuh badan dan boleh mengakibatkan masalah jantung koroner dan mengakibatkan stroke. Kadar kolesterol yang baik adalah dibawah 200 mb/dl. Kadar kolesterol yang tinggi adalah boleh disebabkan daripada permakanan yang tidak sihat seperti pengambilan lemak daripada daging seperti ayam dan haiwan lain dan lemak-lemak ini akan menjadi tepu di saluran arteri yang menyebabkan masalah jantung dan stroke.
Berikut merupakan panduan tentang Makanan untuk elak kolesterol.
OATMEAL
Oatmeal mengandungi serat larut yang boleh mengurangkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah.
ANGGUR MERAH
Anggur merah amat baik bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam darah mengikut kajian yang dilakukan oleh Department Of Metabolism and Nutrition di Universidad Complutense de Madrid dengan menemukan ada penurunan kadar LDL sebanyak 9-12 % bagi pengambilan anggur merah ini.
IKAN
Doktor selalu menyarankan bagi pengidap kolesterol yang tinggi untuk memakan ikan selalu kerana ikan mengandungi lemak omega 3 seperti ikan sardin, kembung, tuna dan salmon.
KACANG
Kacang atau bijirin juga amat baik untuk mengurangkan kolesterol kerana kandungan asam lemak yang dapat membantu kesihatan pembuluh darah.
KACANG PANJANG
Kajian yang dilakukan oleh Arizona State University Polytechnic mendapati bahawa dengan penambahan 1/2 cawan sup kacang panjang mampu mengurnagkan kolesterol sehingga 8 %.
TEH HITAM
Dalam kajian oleh USDA, teh hitam dapat mengurangkan kadar kolesterol sehingga 10% hanya dalam masa kurang sebulan.
YOGHURT
Yoghurt mengandungi protein, kalsium dan mikroganisma lactobacillius yang amat baik untuk mengurangkan kolesterol.
BUAHAN / SAYURAN
Buahan dan sayuran yang kaya dengan antioksidan dapat mengurangkan kolesterol seperti blueberry, strawberry, blackberry, cranberry, mangga, kubus bayam dan banyak lagi. Amalkan memakan buahan dan sayuran pada setiap hidangan.
BAWANG PUTIH
Penggunaan bawang putih untuk kesihatan memang telah lama terbukti sejak sekian lama. Tambahkan bawang putih pada setiap menu makanan anda seperti salad kerana bawang putih dapat melindungi jantung anda.


0 Comments