Kebaikan Belalai Gajah
Siapa yang tidak mengenali belalai gajah atau juga Sabah Snake Grass yang dikatakan mempunyai sejenis khasiat antioksidaan yang tinggi Dan yang. Paling memeranjatkan ianya mampu menghalang sel-sel kanser daripada terus menjadi lebih teruk dan mampu merawat sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel yang baik.
Mungkin mengejutkan bagi pesakit-pesakit kanser yang pernah mengalami situasi kimoterapi tentu akan faham jika mereka pernah mengambil jus belalai gajah ini. Inilah kebaikan belalai gajah yang ramai tidak tahu. Kebaikan belalai gajah ini juga dikatakan 1000 Kali lebih baik daripada kimoterapi yang dilakukan oleh pihak hospital.
Bukan itu sahaja, kebaikan belalai gajah ini juga dikatakan mampu merawat penyakit buah pinggang, radang prostate, mengurangkan kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes atau kencing manis, said urik yang tinggi, mengurangkan risiko terkena stroke, membuang toksin dan mampu mengurangkan keletihan akibat kepenatan seharian.
Cara penyediaan dan cara pengambilan belalai gajah.
Kebaikan belalai gajah ini ialah ianya boleh dimakan mengikut selera kita seperti menjadikan ianya ulaman. Namun disarankan pengambilannya bagi pengidap penyakit yang berkaiatan dengan tatacara pengambilan seperti dibawah.
1. Peringkat 1 - 30 daun belalai gajah dimakan setiapl hari. Ada sesetengah orang akan mengisar taun tersebut untuk diminum dan ada juga yang memasak dan meminum airnya.
2. Peringkat 2 - 50 daun diperlukan setiap hari.
3. Peringkat 3 - 80 hingga 100 daun diperlukan setiap hari.
4. Peringkat 4 - 100 hingga 200 daun diperlukan setiap hari.
Cara penyediaan ialah ambil sebiji epal hijau dihiris 8 lalu dikisar bersama daun belalai gajah. Bagi pengalaman diri sendiri, saya biasanya mengambil jus belalai gajah dengan memasak lalu meminum air belalai gajah tersebut semasa ianya masih suam.
Jika anda mengalami kesejukan disebabkan oleh cuaca, boleh campurkan sedikit halia. Ada sesetengah pendapat yang jus belalai gajah ini sesuai dilakukan panda jam 4 pagi.
Semasa mengambil jus belalai gajah ini cuba elakkan makanan berguna seperti madu, ikan kembung, planta, durian, ginseng, daging seperti daging itik, daging ayam dan sebagainya.
Cara penanaman belalai gajah.
Dapatkan batang belalai gajah. Potong kira-kira 5-8 inci Dan letakkan dalam plastic semaian dan elakkan daripada pancaran terus matahari. Cari tempat yang lembap dan siram selalu bagi mengekalkan kelembapan tanah.
- $$$$$$$$$$ -
Sila LIKE fan page di facebook kami untuk mengikuti perkembangan artikel terkini dan sila klik butang dibawah untuk berkongsi/share artikel ini.
- $$$$$$$$$$ -


0 Comments