Halia merupakan sesuatu bahan yang penting terutamnya dari segi masakan.Rasanya yang sedikit panas dan sedikit pedas menarik aroma seseorang untuk menikmati juadah yang berasaskan Halia. Bahkan, dapur tidak lengkap jika tidak ada bahan ini. Tidak lupa juga, halia memainkan peranan yang amat penting untuk sesuatu perubatan seperti digunakan untuk perubatan traditional. Bagi sesetengah orang, mereka gemar mengamalkan meminum air rebusan halia. Mari teruskan membaca mengapa halia berkesan untuk kesihatan dalam topik 'KHASIAT AIR HALIA' kali ini.
A. Pengaliran Darah
Anda akan berasa selesa jika selalu mengamalkan meminum air rebusan halia. Ini adalah kerana air rebusan halia memiliki sifat yang sedikti panas dan sedikit pedas. Dari segi perubatan moden, halia ini mengandungi kronium, magnesium dan zink yang membantu memperbaiki pengaliran darah.
B. Mual/Pencernaan
Mual seperti ketidakselesaan selepas menaiki bot di laut atau mabuk laut. Mabuk laut memang sesuatu yang paling tidak digemari oleh penumpang apatah lagi jika penumpang tersebut jarang menaiki bot. Halia dapat berfungsi sehingga 75-80 peratus ketidakselesaan mabuk laut tersebut. Dari segi pencernaan halia dapat mengurangkan keradangan seperti aspirin dan ibuprofen
C. Meningkatkan kesihatan
Halia dikatakan amat baik untuk mengekalkan kesihatan. Penyediakan yang amat mudah seperti meminum air rebusan halia setiap pagi atau malam sebelum tidur kerana ia dikatakan meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan dengan meransang rembesan enzim seperti merangsang perut dan rembesan enzim pankreas. Ini dapat membantu penyerapan nutrien.
D. Dapat mengelakkan deman serta selsema
Mengikut kajian oleh University of Maryland Medical Center, halia dapat mengelakkan deman dan selsema dengan cara merendam dua sudu besar halia serta dicincang dalam air panas serta diminum. lakukan 2 - 3 sehari.
E. Barah Usus / Ovari
Paling mengejutkan halia dapat mencegah barah usus. Ini telah dibuktikan melalui kajian oleh University of Minnesota. Halia dikatakan dapat melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus. Juga, halia dapat mematikan sel-sel yang boleh menyebabkan seseorang menghidap kanser ovari.
F. Panahan sakit / pain killer
Halia dapat digunakan sebagai ubat untuk menahan sakit jika anda tidak mempunyai ubat penahan sakit yang diiktiraf oleh kerajaan. Halia menjadi pilihan kedua sesetengah individu bagi mengelakkan dan menahan sakit.
G. Masalah pernafasan
Jika anda pengemar atau orang yang suka minum air rebusan halia, saya percaya anda memahami fungsi halia disini. Ini kerana halai bersifat sedikit pedas dan sedikit panas. Ia sangat berfungsi jika anda mengalami batuk kerana halia dikatakan dapat mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak.
H. Imuniti
Halia dikatan mempunyai seribu satu kepada penyelesaian kepada kesihatan. Halia dapat meningkatkan sistem imun seseorang. Pengambilan halia sama ada melalui rebusan air halia dikatakan dapat mengurangkan risiko menghadapi angin ahmar kerana halia dapat menghalang lemak lekat di arteri.
Dapat juga diambil sekiranya seseorang itu menghidap batuk atau selsema kerana ia dapat melegakan batuk anda.
- $$$$$$$$$$ -
Sila LIKE fan page di facebook kami untuk mengikuti perkembangan artikel terkini dan sila klik butang dibawah untuk berkongsi/share artikel ini.
- $$$$$$$$$$ -


0 Comments