10 Manfaat Air Kelapa

10 Manfaat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan


10 manfaat air kelapa muda image


Dimana sahaja kita pasti ada melihat pokok kelapa malah di setiap perumahan di bandar-bandar besar pun ada segelintir orang yang menanam pokok kelapa. Polok kelapa memang banyak kegunaan seperti membuat titi, daun untuk membuat kraftangan, buah untuk membuat kuih dan banyal alagi kegunaan pokok kelapa yang lain.

Bukan itu sahaja, air kelapa dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan amat popular di kalangan masayarakat asia kerana air kelapa mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan dan yang paling penting air kelapa boleh mnecegah dehidrasi terumanya apabila musim kemarau.

Air kelapa juga amat berguna untuk merawat penyakit-penyakit tertentu dan tidak hairanlah air kelapa muda ini banyak digunakan dalam perubatan traditional kenara ianya mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin c, asam folat, riboflavin, asam nikotinat, asam pantotenat serta banyak lagi.

Berikut merupakan senarai 10 Manfaat Air Kelapa Muda

1. Menghilangkan dehidrasi

Dehidrasi merujuk kepada kekurangan air dalam badan seseorang akibat daripda cuaca panas terutamanya apabila musimk kemarau yang berpanjangan. Mengapa air kelapa muda dikatakan dapat menghilangkan dehidrasi? Ini kerana air kelapa muda mengandungi lhasiat tertentu bagi mengelakkan dehidrasi yang disebabkan oleh disentrasi kolera, diare dan flu dalam perut. Keseimbangan elektrolit dan plasma dalam air kelapa muda dalam beberapa penelitian dikatana hampir sama dengan darah.

Pengambilan air kelapa muda dikatan juga dikatakan dapat menjaga keseimbangan ion dalam tubuh kerana ia bertindak menggantikan mineral dan air dalam tubuh akibat berolahraga. Banyak juga laman sesawang yang saya baca mengenai manfaat air kelapa muda ini seperti laman petuatradisional, sinarharapan, carasehat dan banyak lagi.

2. Melambatkan penuaan

Air kelapa muda juga dapat mengelakkan seseorang menjadi lebih tua. Air kelapa muda ini mengandungi laurat dan sitokin dan digunakan dalam proses pertmbuhan regulasi yang dapat melambatkan penuaan seseorang pengamal yang meminum air kelapa muda ini. Kandungan air kepalap muda ini yang memiliki khasiat yang baik terhadap anti penuaan. Anti Karsinogenik dan anti trombotik dikatanakn dapat membantu utuk meminimalkan penuaan pada kulit dan bertindak menyeimbangkan tingkat PH.

3. Melindungai sistem kekebalan tubuh

Air kelapa muda ini juga dikatakan boleh meningkatkan sitem keimunan dan kekebalan tubuh kerana bersifat anti virus kerana ia kaya dengan nutrisi dan vitamin seperti riboflavin, niasin, thiamin folat dan banyak lagi.

4. Mengelakkan penyakit batu ginjal

Air kelapa muda boleh membantu untuk melarutkan penyakit batu ginjal kerana air kelapa muda mengandungi kalium yang memainkan peranan dalam proses kumbahan seperti air kencing serta sekaligus mencegah pembentukan batu ginjal.

5. Pencernaan

Air kelapa muda baik untuk proses pecernaan kerana ia terdiri daripada enzim bioaktif seperti asam folat, fosfatase, katalase, dehidrogenase, peroksidase, RNA polimerase serta banyak lagi. Enzim ini adalah bertujuan membantu proses pencernaan dan pembentukan metabolisme badan. Bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan seperti sukar membuang air besar adalah amat digalakkan untuk mengamalkan selalu meminum air kelapa muda ini.

6. Diet

Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan, air kelapa muda amat sesuai untuk dijadikan minuman diet kerana mampu mengawal diabetes. AIr kelapa muda juga meningkatkan kemampuan untuk meningkatkan peredaran darah dlam tubuh manusia dan sekaligus membantu melebarkan pembuluh darah yang kecil disebabkan pembentukan plak. Kandungan elektrolit dalam air kelapa muda ini dapat menyeimbangkan elektrolit dlam tubuh kerana kandungan elektrolit yang tinggi dalam tubuh dikatakan dapat mengakibatkan penyakit seperti tekanan darah tinggi.

7. Antioksidan

Air kelapa muda juga mengandungi kandungan antioksidan yang baik untuk menghilangkan radikal bebas. Kesan daripada racun dan pemgambilan salah ubat tertentu juga boleh diatasi dengan pengambilan air kelapa muda ini dengan menyerap kesan-kesan tersebut.

8. Masalah kardiovaskular

Banyak penelitian dan maklumat dalam internet menunjukkan orang yang mempunyai tekanan darah ringi memiliki kadar kalium yang rendah. Pengambilan air kelapa muda yang teratur dikatakan dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi ini kerana ia memiliki kandungan kalium dan dan asam laurat. Air kelapa muda ini juga dipercayai meningkatkan HDL iaitu kolestero yang baik yang diperlukan oleh tubuh.

9. Untuk mereka yang mengandung

Bagi wanita yang sarat mengandung mereka selalu mengalami pening-pening di awal pagi dan muntah-muntah. Pengambilan air kelapa muda ini adalah amat perlu kerana ianya dapat meredakan panyakit seperti penig-pening dan muntah-muntah kerana ianya memiliki bahan elektrolit, kalsium, potasium, sodium, air kelapa dan mengandungi vitamin C.

10. Kesihatan kulit

Anda tidak perlu untuk berbelanja besar untuk membeli produk untuk menbubati maslah jerawat dan masalah kulit anda. Anda hanya perlukan air kelapa muda untuk mengekalkan kesihatan kulit disebabkan jerawat. Hanya sapukan air kelapa muda tersebut pada wajah anda dan biarkan beberapa jam. Kemudian bilaslah dengan air bersih.

Cara pengambilan air kelapa muda yang baik daripada 10 Manfaat Air Kelapa Muda diatas.

  • Ambil segelas atau dua gelas air kelapa muda pada waktu pagi untuk orang dewasa 
  • Tidak digalakkan untuk mengambil dan meminum air kelapa muda pada waktu malam khususnya sebelum tidur kerana air kelapa mudah ini mudah diserap dan dikhuatiri mengakibatkan timbunan glukosa.
  • Anda juga tidak digalakkan untuk meminum air kelapa muda ini secara berlebihan kerana ianya memgandungi kandungan kalori yang berlebihan.
  • Anda hanya digalakkan untuk mengambilan air kelapa secara berlebihan hanya keranan anda kekurangan ION atau mengalami dehidrasi yang berlebihan dalam badan. Air kelapa muda ini akan segera mengembalikan cecair dalam tubuh anda.
  • Bagi mengatasi masalah pada kulit seperti jerawat, cukup sapukan air kelapa muda tersebut pada wajah anda dan biarkan kering sendirian sebelum mencuci menggunakan air yang bersih. Lakukan sahingga kulit wajah nampak bersih dan bebas daripada jerawat.

Post a Comment

0 Comments