Karnival Geng Masjid

Karnival Geng Masjid di Masjid Damansara, Selangor


Karnival Geng Masjid yang akan dilangsungkan pada 11 hingga 13 Mac 2016 di Masjid Kota Damansasa, Selangor akan dimeriahkan oleh selebriti terkenal tanah air iaitu Fara Fauzana dan Heliza Helmi dengan 25 orang selebriti terkenal yang lain yang turut serta memeriahkan karnival ini. 


karnival geng masjid


Karnival Geng Masjid bertujuan memberikan pendedahan ilmu agama seperti forum-forum, aktiviti-aktiviti riadah, ceramah, pameran, gerai-gerai jualan dan banyak lagi. Karnival Geng Masjid ini diadakan kali kedua ditempat yang sama berikutan sambutan daripada para pengunjung yang mana ianya memberikan penekanan kepada golongan muda supaya mendekatkan diri dengan masjid untuk pelbagai aktiviti berfaedah seperti beriadah, berehat, beribadat dan menjalankan program berkenaan ilmu agama kepada pengunjung maupun kepada peserta itu sendiri.


karnival geng masjid


Menurut Ketua Eksekutif Karnival Geng Masjid, Encik Asraf Alam, karnival seperti ini akan dimeriahkan lagi dengan keterlibatan selebriti-selebriti tempatan yang turut menarik minat pengunjung untuk mendalami ilmu keagamaan. 

Antara selebriti lain yang terlibat sama dalam menjayakan Karnival Geng Masjid


Antara selebriti lain yang gterlibat juga adalah seperti Ustaz Asyraf, Ustaz Nazrul, Ustaz Fakhrul, Ustaz Jay, Ustaz Aran, Ustaz Dr. Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud, Ustaz Nasir, Ustaz Fattah, Ustaz Megat, Ustaz Najdi, Daie Luqman, Ustaz Hafiz, Ustaz Faris, Ustaz Muhadir Joll, Ustaz Azhar Ghazali, Noorkhiriah, Syifa Melvin, Adiela Ridzuan, Hafiz Hamidun, In Team, Ammar Hamdan, Bell Ngasri, Encik Mimpi dan Dr. Nik Salida.

Tarikh karnival geng masjid berlangsung

Bagi yang berminat anda boleh datang beramai-ramai bersama keluarga, rakan-rakan dan kawan-kawan bagi memeriahkan karnival Geng Masjid ini yang berlangsung pada 11 Mac 2016 sehingga ke 13 Mac 2016 di Masjid Kota Damansara, Selangor.

Post a Comment

0 Comments