Tips Pergi Ke Kapit

Kapit merupakan bahagian ketujuh dalam Sarawak. Kapit yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan menggunakan bot express daripada Bandar Sibu. Kapit merupakan kawasan yang terpencil di Sarawak yang juga didominasikan oleh kaum Iban. Perjalanan ke Kapit hanya boleh dilakukan menggunakan bot express, juga merupakan satu-satunya penghubung Kapit dengan bandar-bandar besar seperti Sibu, Kuching, Bintulu dan Miri.

Kapit yang dulunya mempunyai sebuah lapangan terbang yang kini hanya sebagai tanah yang terbiar yang turut dijadiakan tempat berjogging oleh penduduk yang berdekatan dan dijadikan tempat hiburan dan permainan seperti 'Fun Fair' sempena hari perayaan seperti Gawai Dayak dan sambutan tahun baru.

Namun, walaupun Kapit merupakan tempat yang terpencil tidak hairanlah Kapit merupakan diantara tempat yang diminati pelancong dari dalam dan luar negara kerana khazanah-khazanah lama masih terpelihara seperti rumah panjang yang masih mengekalkan ciri-ciri lama pembinaan serta upacara tradisi kaum Iban seperti miring yang masih diamaklan sehingga kini.

Bagi yang belum datang ke Kapit, admin ingin berkongsikan beberapa gambar pandangan rupa bentuk bumi Kapit.

Gambar Kapit Sarawak, pandangan dari atas.


Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Tips pergi ke Kapit

Justeru, jika anda berminat untuk datang ke Kapit, datanglah untuk belajar pelbagai kebudayaan yang masih terpelihara dengan khazanah-khazanah lama. 

Tips pergi ke Kapit


Tips menarik. Jika anda tidak pernah datang ke Kapit, disini admin nak kongsikan sedikit tips pergi ke Kapit. Jika anda ke Kapit, Sibu merupakan pintu masuk utama untuk ke Kapit. Perjalan ke Kapit dimulakan dengan;

  • Membeli tiket bot express. Terdapat 3 kelas tambang, ekonomi RM 20, first class RM 25 dan VIP class 30. (Jika tambang masih belum berubah). Perjalan mengunakan bot express mengambil masa lebih kurang 3 jam.
  • Beli tiket bot express yang direct atau terus ke Kapit tanpa berhenti di Song bagi menjimatkan masa anda. Song juga merupakan tempat terpencil yang juga hanya boleh dihubungkan dengan bot espress dari Sibu.
  • Kalau pergi ke Kapit, pergilah pada musim perayaan. Tetapi sila dapatkan tempahan awal tambang bot express pergi dan balik dan juga penginapan seperti hotel kerana pada musim ini semua yang menyambut perayaan berebut-rebut untuk mendapatkan pengangkutan bot express pergi dan balik ke Kapit. Pada musim perayaan ini, banyak aktiviti-aktiviti yang yang diadakan di sekitar Kapit.
  • Lawati Kapit semasa musim buah. Jika anda pengemar buah-buahan tempatan, ini peluang anda untuk menikmati buah yang anda idamkan seperti durian, rambutan, dabai, langsat, isau, durian isu dan banyak lagi. Bawalah atau tapao buah yang anda idamkan untuk dibawah balik.
Picture source : FB Borneo dihati / rajah putih.com

Post a Comment

0 Comments