Kisah Legenda Di Sarawak

Kisah Legenda Di Sarawak mengenai Buaya Tanah.




Buaya Tanah.


Buaya Tanah, mungkin namanya pelik. Namun itulah nama bagi sebuah tempat yang terdapat di Kampung Lebor, Gedong Serian mengikut sumber Sarawak Dihatiku. Buaya Tanah ini dikatakan wujud sebelum zaman Brooke dolok. Memang dah lama bertapak di Sarawak. Pada musim Gawai, para penduduk akan melakukan upacara khas seperti miring yang diberi nama 'enselan' dalam bahasa Iban iaitu penduduk majoriti yang menghuni Sarawak. 'Enselan' ini bermaksud melakukan upacara miring dengan memberi korban seperti ayam dan babi kepada Buaya Tanah tersebut.



Buaya Tanah yang berukuran 5.6 meter panjang. Mengikut masyarakt tempatan seperti masyarakat Remun BUaya Tanah ini dibuat sebagai simbol keamanan diantara mereka dan kerajaan Brunei sebelum era Brooke. Sebahagian daripada kepala dan anggota kaki serta tangan adalah diperbuat daripada lumpur yang dibawah menggunakan perahu daripada Brunei yang memakan masa selama 2 hari. Diantara pemberian yang lain juga dinyatakan seperti daun pintu berukir dan lembing yang kini disimpan di rumah budaya di Kampung Lebor, Gedong, Serian.


Pada masa dahulu, Buaya Tanah dibuat oleh etnik Murut yang kini lebih dikenali sebagai Lun Bawang yang tinggal di Lawas, Brunei dan Kalimantan Timur di Daerah Kerayaan dan Lun Dayeh di Kong Pa' Sia di Sabah sebagai salah satu upacara yang menandakan kejayaan selepas memburu kepala. Selain itu, ia juga dibina sebagai menandakan sempadan dan diselang-selikan dengan pokok buluh. Sepasang Buaya Tanah ini juga boleh anda lihat di Ulu Putai, Balleh, Kapit, Sarawak.


Sumber Gambar : Sarawak Dihatiku

Post a Comment

0 Comments