Murid Termakan Kaca Dalam Mi Goreng, Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Tiga orang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor yang telah termakan serpihan kaca dalam mi goreng yang dibekalkan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) masih ditahan di Hospital Sungai Buloh untuk melakukan rawatan teperinci.
Jumaat lepas tujuh daripada kanak-kanak tersebut termakan serpihan kaca di bawah program bantuan makanan sekolah atau dikenali sebagai RMT. Beliau kini sentiasa mengikut perkembangan kesihatan murid-murid tersebut.
Jabatan Pendidikan Selangor juga telah diarahkan oleh beliau untuk mengesan pengusaha kantin terbabit dan memberhentikan perkhidmatan mereka buat sementara waktu sehingga siasatan selesai. Khidmat pengusaha kantin sementara akan digunakan untuk terus membekalkan makanan kepada murid sekolah.
Menurut beliau kementerian pelajaran amat memandang serius hal ini dan pesalah boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ianya membabitkan nyawa pelajar. ~ Sumber Awani.


0 Comments