IKLAN PENGAMBILAN KHAS GURU BAGI SEKOLAH SK DAN JENIS SJKC 2020 (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon bagi pengambilan khas guru seperti berikut:

jawatan kosong guru, jawatan kosong spp, jawatan kosong kerajaan
telegram jawatan kosong


A. Sekolah Kebangsaan (SK)
B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

SENARAI PERJAWATAN


  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Service)
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap)
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Service)
  4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap)

MAKLUMAT JAWATAN 

(I) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Lantikan Tetap) 


  • Jawatan / Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap); 
  • Gaji RM 2,188.00; dan 
  • Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016. 

(II) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service)


  • Jawatan / Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service); 
  • Gaji RM 2,188.00; 
  • Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kontrak Gred DG41 (COS) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan 
  • Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

facebook jawatan kosong

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON 

  • Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia; 
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM; 
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut; 
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program; 
  • Calon yang diisytiharkan bankrap; 
  • Calon yang diberhentikan daripada Perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN 

  • Calon yang didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 


  • 20 Mac 2020 sebelum jam 11.59 malam.

DAPATKAN MAKLUMAT PERJAWATAN PADA BUTANG DIBAWAH

MAKLUMAT PERJAWATAN

HANTAR PERMOHONAN


  • Sila hantar permohonan anda melalui butang dibawah.


HANTAR PERMOHONAN

Post a Comment

0 Comments