Perodua Bezza Kenderaan Cekap Tenaga

Kuala Lumpur - Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) keluaran pertama Perodua, telah direka dan diilhamkan oleh rakyat Malaysia serta telah mendapat sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun akan boleh ditempah pada sabtu ini iaitu pada 21 Julai 2016 menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
perodua bezza 2016

Beliau juga berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua selepas pengeluaran perodua Axia sebelum ini dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

perodua bezza 2016

Perodua Bezza telah diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi. Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam.
perodua bezza 2016


Perlancaran perodua bezza kenderaan cekap tenaga

Ramai peminat automatif amnya menanti akan pelancaran kenderaan cekap tenaga ini. Kenderaan yang mempunyai 79 peratus sistem automatik ini akan dilancarkan pada 21 Julai 2016 ini dijangka akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan disekitar bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.
perodua bezza 2016

Variant Perodua Bezza 2016

Seperti juga kenderaan lain, Perodua bezza kenderaan cekap tenaga ini juga semestinya mempunyai 5 variant atau pilihan kepada pengguna mengikut keperluan serta spesifikasi sendiri.

Senarai Variant perodua Bezza


1. 1.0L - Manual Transmision
2. 1.0L - Automatic Transmision
3. 1.3L "Premium X" - Manual Transmision
4. 1.3L "Premium X" - Automatic Transmision
5. 1.3L "Advanced Version" - Automatic Transmision

Warna pilihan Perodua Bezza 2016


Untuk model kali ini Perodua Bezza menawarkan enam warna untuk ditawarkan kepada pengguna. Pemilihan warna oleh pengeluar perodua bezza ini adalah warna berasaskan air yang mesra alam yang dijangka menarik minat golongan muda.

Senarai warna Perodua Bezza 2016

  • sugar brown
  • biru laut
  • lava red
  • ebony black
  • glittering silver
  • solid ivory white

Maksud nama Bezza

Pemilihan nama Bezza untuk kenderaan Perodua Bezza ini adalah kerana kenderaan ini merupakan kenderaan yang lain daripada yang lain dan dalam bahasa lainnya berbeza dengan kenderaan keluaran perodua yang sebelum ini kerana perosua bezza ini bersifat kemodenan.

Harga Perodua Bezza

Tahun 2016 ini merupakan tahun bersejarah bagi Perodua kerana berjaya mengeluarkan kenderaan sedan yang cekap tenaga (EEV). Perodua Bezza ini boleh dikatakan sebagai kenderaan yang amat moden dengan lebih daripada 75 peratus kawalan kereta perodua Bezza ini merupakan dikawal oleh sistem secara automatik. Justeru, harga yang terbaik yang dapat memuuaskan permintaan golongan muda amnya amat dinantikan pada perlancaran Perodua Bezza pada 21 Julai 2016 ini nanti.

Gambar Perodua Bezza


senarai perodua bezza 2016

Post a Comment

0 Comments