Air Mineral Supor Berbahaya

Air mineral Supor berbahaya. Itulah kata yang sesuai untuk mengambarkan minuman jenama SUPOR yang dihasilkan pada 22 Jun 2016 yang telah melanggar parameter kloroform dalam air minuman 0.008 mn/l iaitu tidak mematuhi Jadual Kedua Puluh Lima, Peraturan-peraturan Makanan 1985.



Kementerian kesihatan telah memanggil kesemua produk yang telah dipasarkan pada 22 Jun 2016 dari pasaran Sibu, Mukah dan Dalat. Memo telah dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian, Bahagian Sibu Dr. Muhamad Rais Abdullah.

Memo dari Pegawai Kesihatan berkenaan Air Mineral jenama SUPOR yang ditarik balik pemasarannya.

Larangan penjualan air minuman SUPOR

Memo atau surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan yang menyatakan perlanggaran parameter kloroform oleh pengeluar SUPOR dan larangan penjualan air minuman SUPOR.


Kepada pengguna yang masih melihat air mineral jenama SUPOR ini di pasaran selepas ini bolehlah membuat aduan ke pihak berkuasa demi kepentingan bersama. Sila kongsikan dan viralkan agar semua pengguna mengetahui yang air mineral Sopor ini berbahaya.

Post a Comment

0 Comments