Ulat sagu merupakan salah satu makanan eksotik yang banyak digemari oleh bumiputera Sarawak atau dalam bahasa Iban ulat ini dinamakan "matal". Ulat sagu banyak didapati pada pokok sagu yang telah ditebang. Ulat sagu akan membiak dalam batang satu yang lembut dan sejuk tanpa terhad bilangannya dalam satu batang.
Cara Mendapatkan Ulat Sagu.
1. Cari batang sagu yang telah tumbang. Ketuk untuk mendengar jika ada ciri-ciri dalam batang sagu tersebut didiami oleh ulat sagu.
2. Kopek perlahan-lahan batang sagu tersebut untuk mengeluarkan ulat sagu tanpa mencederakan ulat sagu tersebut.
Ulat sagu yang berjaya dipungut dari dalam batang sagu.
Bagi yang belum pernak cuba untuk makan ulat sagu ini, sila cuba. Jangan menilai rupa fizikal ulat sagu ini dengan rasanya. Anda akan rasa ianya yang sedikit berlemak dan berkrim....hehe.-Sumber FB Ranee Sylvia Bungkong
0 Comments