Dulu denggi, malaria dan kini ZIKA - Ramai dikalangan kita akan berasa tidak selesa jika tempat tinggal kita dipenuhi dengan nyamuk. Nyamuk ini susah sangat hendak dihapuskan jika keadaan atau persekitaran rumah kita lembap. Kementerian Kesihatan juga kerap kali menegur untuk membersihkan kawasan persekitaran nyamuk sehingga sanggup menyaman komuniti tersebut jika keadaan persekitaran rumah terdapat takungan air sehingga RM 500.
Baru-baru ini kes yang disebabkan oleh nyamuk yang berjaya dikesan diluar negara seperti ZIKA telah menular ke Malaysia. Penyakit ZIKA yang belum ditemui penawar dan boleh menyebabkan kematian merupakan satu ancaman terbaru kepada komuniti.
Petua Bunuh Nyamuk
Selain daripada penggunaan racun nyamuk seperti aerosol, anda boleh menggunakan petua ini untuk mengumpan nyamuk.
1. Beli sebotol cecair pencuci' 'Joy'. Kalau taknak beli minta sedikit daripada jiran sebelah..hehe.
2. Pinggan
3. Sedikit Air
Cara campuran cecair 'Joy' bersama air
- Masukkan campuran 'Joy' bersama air kedalam pinggan yang telah disediakan dalam nisbah 1:1. Kalau campuran terlalu pekat dan terlalu cair ianya tidak akan menjadi. Campuran yang betul mengikut nisbah akan menarik nyamuk untuk minum air tersebut. Nota. Sila berhati-hati dengan kuching atau hidupan lain takut haiwan kesayangan anda mati. Hee.
- Campuran 'Joy' dengan air tadi dituang ke dalam pinggan lebih kurang 1cm.
- Letakkan ditempat yang gelap atau tempat yang banyak mengundang nyamuk
0 Comments