Harga Runcit Minyak Malaysia

Harga Runcit Minyak Malaysia
Kenaikan bahan api berkuatkuasa pada 1 Februari 2017

Harga Runcit Minyak petrol dan diesel Malaysia 2017

2017 menyaksikan lagi harga petrol dan diesel di seluruh Malaysia meningkat bermula pada 1 haribulan Februar1 2017.

Berikut merupakan jadual kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel

Petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen berkuatkuasa pada 1 Februari 2017. Untuk RON95 harga runcit ialah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.

Harga RON97 adalah RM2.60 berbanding RM2.40 seliter untuk Januari, manakala harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul dalam satu sidang media baru-baru ini.

Berikutan kenaikan harga minyak, ramai pengguna mengeluh dengan kenaikan ini. Apatah lagi dengan nilai ringgit yang rendah dan dibebangi kos sara hidup yang tinggi.

Post a Comment

0 Comments