Operasi SAR Bagi Mencari Guru Sekolah Rendah Daerah Belaga Hilang Bot Terlanggar Kayu.
Operasi Search and Rescue (SAR) terhadap seorang guru yang terjatuh daripada bot panjang yang ditunganginya di Sungai Rajang berhampiran Punan Bah masih giat dijalankan memandangkan cuaca dan musim hujan kini.![]() |
Mangsa terjatuh apabila bot panjang yang dinaiki mangsa telah melanggar kayu hanyut. |
Pencari yang bermula semalam bukan sahaja melibat kan pasukan penyelamat (SAR) dari Bintulu tetapi juga dibantu oleh sukarelawan bomba Belaga, polis kakitangan Jabatan Pendidikan dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk setempat yang sama berharap mangsa dapat ditemui dengan cepat memandangkan cuaca buruk.
Mangsa yang dikenali sebagai Michael Usat Emang berumur 59 tahun merupakan guru sekolah rendah daripada rumah panjang Punan Bah di Daerah belaga. Dia dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai semasa perjalanan bot panjang dari Punan Sama ke SK Nanga Telawan sepanjang Sungai Rajang tersebut.
Guru Sekolah Rendah Daerah Belaga Hilang Bot Terlanggar Kayu Hanyut
Kajadian dikatan selepas mangsa dan isterinya pulang selepas menghadiri pengebumian saudara mereka apabila bot panjang melanggar kayu-kayu yang hanyut di sungai tersebut yang terletak sejauh kira-kira lima jam dari bandar ini Bintulu. Setelah mangsa gagal ditemui, isteri mangsa dengan segera menghebahkan kehilangan suaminya kepada penduduk dan pihak berkuasa.
0 Comments