Canyon Beji Guwang Tersembunyi Yang Ramai Tidak Tahu
![]() |
Pelancong meyusuri ngarai.sungai dengan berpaut pada akar kayu -Foto Kompas |
![]() |
Pelancong menikmati alam semulajadi dengan duduk diatas batu - Foto Kompas |
Canyon Beji Guwang Tersembunyi ini menjanjikannya keindahan tersembunyi dari sebuah sungai yang berpadu dengan keastrian desa. Air sungai yang jernih menjadi kekuningan apabila hujan turun dan menunjukkan garisan air pada dinding ngarai. Seorang pemandu pelancong yang dikenali sebagai Jamor (35) sedia menghantar rombongan anda ke lokasi terbaik untuk mengambil gambar.
![]() |
Foto Kompas |
Anda tidak perlu risau disini kerana petugas keselematan sentiasa memantau paras air dari hulu sungai lagi bagi memastikan keselamatan pelancong sentiasa terjamin. Dianggarkan lebih kurang dua jam untuk membanjiri kawasan ngarai dari hulu ke hilir sejauh lebih kurang 8 kilomoter ke tempat lawatan jika berlaku hujan lebat.
Para pelancong hanya membayar Rp 15.000 seorang. Para pelancong juga digalakkan untuk mengambil pemandu pelancong apabila menyusuri sungai atau ngarai ini kerana terdapat tempat berbahaya yang perlu panduan daripada pemandu pelancong yang berasal daripada kampung atau desa berhampiran.
![]() |
Foto Kompas |
Terdapat tepian baru yang licin terutamnya apabila musim hujan, laluan sempit dan terpaksa berpegang pada akar-akar kayu bagi melintasi sesuatu titik berbahaya. Tugas pemandu pelancong bukan sahaja terhadap keselamatan pelancong tetapi juga memastikan keadaan sungai tersebut bebas daripada sebarang pencemaran.
Beberapa jam sebelum pusat itu dibuka, pemandu pelancong akan berjalan sekitar 2 jam di Hidden Canyon ini bagi mempersihkan sebarang pencemaran seperti sampah bagi memastikan kualiti pusat rekreasi ini sentiasa bersih dimata pelancong.
Seorang pemandu pelancong yang dikenali sebagia Komang Bayu sentiasa memastikan tempat rekreasi ini sentiasa menjadi tempat suci dan terbaik dan harus benar-benar dijaga dengan rapi. Para pelancong digalakkan untuk menanggalkan kasut atau selipar untuk melepasi dinding dan lantai batu yang licin bagi mengelakkan tergelincir.
Sungai Ngarai di Canyon Beji Guwang
Pada mula perjalanan menyusuri sungai pelancong hanya berjalan kaki biasa dengan air setinggi lutut dan seterusnya perjalanan menjadi lebih mencabar dengan melompat dari baru ke batu. Tali disediakan bagi para pelancong sebagai bantuan merentasi sungai yang dalam. Namun bagi mereka yang pandai berenang ini merupakan pengalaman yang indah berenang merentasi sungai yang dalam. Pancaran cahaya yang memancar pada batu membuatkan batu tersebut bersinar-sinar.Sepanjang sungai, pemandangan dihiasi oleh tumbuhan-tumbuhan menjalar dan akar-akar pokok di tepi sungai dan menjadikan tebing sungai lokasi mengambil gambar terbaik. Juga merupakan tempat yoga terbaik jika anda ingin melakukan yoga. Mata air di tepi sungai juga digunakan oleh masyarakat setempat untuk ritual tertentu. Terdapat tiga ngarai di sepanjang sungai dan empat jam diperlukan untuk menerokai ngarai-ngarai tersebut.
![]() |
Tumbuhan liar berjuntai dari atas batu memberikan permandangan yang tidak terdapat di tempat lain -Foto Kompas |
Canyon Beji Guwang pada awalnya sebelum menjadi popular.
Keindahan sungai di Canyon Beji Guwang lantas menarik hati seorang fotografer profesional yang kemudian mempromosikan keindahan ngarai-ngarainya di media sosial dan setelah itu, kunjungan pelancong mula meningkat. Ketua penduduk setempat terus membersihkan sungai-sungai untuk menjadikannya salah satu tempat perlancongan di Bali.LokasiCanyon Beji Guwang
Lokasi ini tak jauh dari Denpasar, hanya 15-20 minit ke arah timur. Banyak pelancong yang ingin meneroka Canyon Beji Guwang Tersembunyi kerana ianya tempat terbaik meneroka keindahan alam. Dalam sehari pemandu pelancong boleh membawa 2 hingga 3 kali sehari membawa rombongan pelancong menyusuri ngarai-ngarai tersebut yang buka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Ngarai-ngarai ditutup pada waktu malam bagi mengelakkan risiko kemalangan.Datanglah ke Canyon Beji Guwang Tersembunyi ini. Tempat yang masih belum diketahui umum.
0 Comments