D'Buguk Homestay sesuatu nama yang agak menonjol kini. Apa tidaknya, dengan kindahan alam yang sangat mempesona sudah semestinya ianya menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
![]() |
Aktiviti bermandi manda oleh pengunjung . |
Terletak di Papar, Sabah ianya menjadi lokasi yang strategik untuk dilawati bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di D'Buguk homestay ini.
Berkhemah menjadi aktiviti yang paling popular bagi mereka yang ingin menghirup suasana nyaman di waktu malam.
![]() |
Pengunjung yang inginkan kelainan sanggup mendirikan khemah untuk merasai kendahan alam. |
Kepada yang ingin menikmati udara segar serta keindahan alam semula jadi sungai, serta menaiki rakit bambu untuk ke Homestay ini (Homestay terletak di seberang sungai) boleh lah berkunjung ke D'Buguk Homestay.
![]() |
Aktivi berakit menggunkan buluh. |
Yuran masuk ke D'Buguk Homestay.
Yuran masuk dan Masa Operasi:- RM 5 / dewasa. 10 pagi - 5 petang
- RM 2 / kanak-kanak
5 Aktiviti Riadah Di D'Buguk Homestay Yang Tak Hingin Anda Lepaskan.
- Mandi Sungai
- Acara Padang Pasir
- Terjun Dari Pokok (Terhad kepada yang pandai berenang saja)
- Buaian Sungai.
- Rakit Bambu
Perkhidmatan Sewa Di D'Buguk Homestay.
- Rakit Bambu bermeja RM25 / Setengah Hari atau RM50 / Satu hari
- Life Jacket RM 5 (Sepanjang Hari)
- Pelampung RM 5 (Sepanjang Hari)
- Pelampung Besar RM 15 / 1 jam
- Kayak utk 2 org serta life jacket ( RM25/30 minit)
- Kayak utk 2 org serta life jacket (RM 39/1 jam)
- Kayak utk 4 org serta life jacket ( RM 50/1 jam)
- BBQ PIT RM15
- Karaoke RM 2 / 1 lagu
Lokasi D'Buguk Homestay
5°40'18.5"N 116°02'22.7"Ehttp://maps.google.com/?q=5.671808,116.039636&hl=en&gl=sg
Talian untuk dihubungi.
016-335 7073 / 017-866 0908
Sumber D'Buguk Homestay FB
0 Comments