Syoknya Mandi di Air Terjun Segerugo

Aktivi kami semasa musim kemarau. Bermandi manda di sebuah air terjun 'mini'. Walaupun kecil ianya mampu menghilangkan penat lelah semasa bekerja.

Masa bertolak 

Kami bertolah lebih kurang pukul 11 dan sampai pada jam 1 petang. Cuaca yang panas menyebebkan kami tidak membuang masa dan terus terjun kedalam air dengan ari terjun yang kecil dan comel. 

Pada hujung minggu yang lepas di musim kemarau penghujung bulan Julai 2009 saya telah membawa anak-anak berkelah berdekatan dengan kampong atau rumah panjang saya yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan menggunakan pacuan 4 roda.

Anak sungai kecil yang dikenali sebagai Sungai Segerugo atau lebih dikenali sebagai Sungai antu oleh mereka yang tidak mengenali sungai tersebut.

Lokasi : Sungai Segerugo

Syoknya manda mandi di air terjun ‘mini’.



Mr. Toddy dengan senapang ikan kini berjinak-jinak untuk belajar menembak ikan.

Mengajar anak cara menembak ikan





Sejenis buah hutan yang dikenali sebagai "buah kempan" merupakan sejenis makana bagi sejenis musang pokok.

Makan tengah hari di tebing sungai 



Setelah penat mandi manda kami pun makan tengah hari di tebing sungai dengan menghidupkan api bagi menghalau nyamuk dan serangga.

Pulang ke rumah

Setelah menjamu selera di tebing sungai, badan pun letih. Seterusnya kami pun balik ke rumah pada jam 4 petang.

Jom layan video


Post a Comment

0 Comments