Keputusan Terkini Anugerah Carta Siapa Juara (ACSJ) ke 6 2019

Keputusan Terkini Anugerah Carta Siapa Juara (ACSJ) ke 6 2019 yang Berlangsung di EASTWOOD VALLEY GOLF & COUNTRY CLUB Miri.

MIRI: Seramai lapan artis solo dan tiga artis berkumpulan (band) akan berentap pada Pentas Akhir Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Ke-6 2019 yang berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, 2 November lepas.

Keputusan Terkini Anugerah Carta Siapa Juara (ACSJ) ke 6 2019.

Antaranya ialah Frederick Sut, Tony RPG, Alexander Peter, NK Yongai, Dominic Christy, Eyqa Saiful, Isa Lee dan Joseph Dresa dan tiga artis berkumpulan iaitu D’Crystal Band,The Crew dan Taju Remaong.

Penerbitnya, Bana Jimbat berkata antara objektif utama ACSJ untuk memartabat dan mengiktiraf lagu-lagu Iban dalam industri muzik Sarawak agar dikenali di peringkat global menerusi RTM.

“ACSJ mengetengahkan penglibatan penyanyi, penggubah lagu serta penulis lirik agar mampu menjadi penanda aras kepada Industri Muzik Dayak khususnya lagu-lagu Iban di samping sebagai tanda pengiktirafan Stesen Radio WAIfm terhadap lagu-lagu Iban yang paling popular dalam Carta Sapa Juara sepanjang tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiga tempat teratas iaitu juara, naib juara dan tempat ketiga serta persembahan terbaik, vokal terbaik akan menerima hadiah wang tunai, piala dan sijil di samping hadiah saguhati untuk semua (lapan orang) finalis.

ACSJ akan diiringi oleh kombo RTM selain orang ramai yang datang akan dihiburkan dengan acara pentas oleh artis undangan.

Antaranya ialah Karen Libau, Wilfred Vincent Ragam, Josephine Jalin, pelawak Bunyau, Mujab, Sugumaran dan Jabot serta Kumpulan Penari Ladies Of Hornbill.

Pihak penganjur turut menyediakan skrin besar di luar venue dan penonton berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal dan hadiah lain.

Antara pengisian Pocket Show ialah Tiru Macam Saya, Jangan Lupa Lirik, Game Show dan banyak lagi bersama seleberiti RTM dan artis tempatan yang menyediakan pelbagai hadiah yang menarik.

Peminat juga boleh mengikut acara tersebut secara langsung di saluran radio WAIfm, Channel Astro 871, Myklik.~ Borneopost.

Antara ahli kenamaan yang hadir pada ACSJ ke 6 2019.

Antara barisan kenamaan/vip pada malam majlis Anugerag Carta Siapa Juara ke 6 Eastwood Valley Golf & Country Club Miri.

Pemenang Carta Siapa Juara (ACSJ) ke 6.

Taju Remaong menerima anugerah untuk pemenang "Anugerah Carta Siapa Juga" ke 6.
Pemenang Carta Siapa Juara (ACSJ) ke 6 telah dirangkul oleh Taju Remaong dengan lagu "Jempuk" yang dikarang sendiri oleh vokalist Taju Remaong "Ery Lang". dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10k.



Tiga Anugerah yang Dirangkul Oleh Taju Remaong.

Selain itu, terdapat terdapat tiga anugerah keseluruhan yang dirangkul oleh Taju Remaong pada malam ACSJ ke 6 iaitu:-


Best Lyric - Taju Remaong
Most popular votes Facebook - Jempuk, Taju Remaong
Winner Anugerah Carta Siapa Juara ACSJ 6 2019 - Taju Remaong.

Like kami di Facebook Rasmi

https://web.facebook.com/therjab/

Tempat dan lokasi Anugerah Carta Siapa Juara Ke 6 2019.

Tempat dan lokasi untuk ACSJ ke 6 kali ini ialah di EASTWOOD VALLEY GOLF & COUNTRY CLUB, Miri.

Diantara Anugerah keseluruhan yang telah dirangkul oleh artis-artis lain di ACSJ ke 6 ialah,

JUARA - TAJU REMAONG (JEMPUK)
NAIB JUARA - EYQA (EMPELEMAN)
KE TIGA - THE CREW (AYAS NUAN)
LEKA LAGU TI PEMADU MANAH - TAJU REMAONG (JEMPUK)
VOCAL TI PEMADU MANAH - EYQA (EMPELEMAN)
UNDIAN FB - TAJU REMAONG (JEMPUK)

Post a Comment

0 Comments