Mengapa Kaum Dayak Pedalaman Suka Memburu Menggunakan Anjing

Mengapa Kaum Dayak Pedalaman Suka Memburu Menggunakan Anjing (Part 2)

Mengapa Kaum Dayak Pedalaman Suka Memburu Menggunakan Anjing atau dalam bahasa Iban "Ngasu". Ngasu merupakan aktiviti menangkap hidupan liar seperti babi hutan, rusa, kura-kura, biawak dan sebagainya menggunakan deria anjing.

Dipetik daripada artikel Profesor A.Stolk dalam Odour and Odour Diagnoties mengemukakan bahawa deria anjing terutamanya deria baunya lebih tepat dibandingkan dengan deria bau manusia. Dinyatakan bahawa anjing peliharaan memiliki 125 hingga 230 juta butir sel saraf penciuman berbanding manusia hanya memiliki 5 juta butir sel saraf. Bererti anjing peliharaan mempunya deria bau sekitar 46 kali lebih tinggi dibandingakn dengan deria bau manusia.

Melihat daripada informasi ini, memang sah juga anjing menjadi haiwan peliharaan bagi tujuan memburu oleh kaum dayak sejak berzaman dahulu bagi menjejaki binatang buas di dalam hutan belantara. Ikutilah pengalaman saya mengikuti orang 'ngasu'.

Hari pertama

Berikutan daripada itu, saya beserta rombongan lain mengadakan pertemuan bagi mengikuti orang Iban di pedalaman sarawak untuk 'ngasu' bagi melihat sendiri kebolehan anjing ini menjejak binatang di dalam hutan belantara. Pada hari pertama kami bertolak menggunakan jentera dengan dua buah 4wd melalui jalan balak.

Perjalanan mengambil masa dua jam bertolak daripada pekan kecil dan sampai ke dentinasi lebih kurang jam 11 pagi menuju ke sebuah sungai kecil.

Setibanya di destinasi, kami mula memasang khemah manakala menggunakan batang kayu sebenar betis dan batang penyapu serta menyediakan makanan tengah hari. Setelah khemah dipasang, saya dengan seorang lagi rakan pergi menjala ikan-ikan kecil. Hasil tangkapan lebih daripada 5 kilo, cukup untuk lauk malamnya.


Mengapa Kaum Dayak Pedalaman Suka Memburu Menggunakan Anjing

Hari Kedua

Hari berikutnya, setelah bersarapan dengan ala kadar, kami mulakan aktiviti 'ngasu' lebih urang jam 6 pagi meredah sungai dan hutan dengan harapan akan mendapat habuan yang besar. Kami juga membawa walkie-talkie bagi menyenangkan kami untuk berinteraksi dengan sesama sendiri di dalam hutan. Dalam penat berjalan-jalan di sebuah sungai kecil yang selebar lebih kurang 2 meter, kami perasan yang anjing kami menghidu bau jejak babi hutan. Dengan senyap anjing tadi berlari naik ke atas bukit kecil dan lebih kurang 15 minit kami terperanjat mendengar salakan anjing yang sangat kuat kerana anjing-anjing ini telah terjumpa dengan seekor anak babi hutang sebesar tong gas.

Kami pun berlari menuju ke arah salakan anjing tadi dan anjing telah berjaya 'menghantar' anak babi hutan tadi dari bukit kecil ke anak sungai lebih kurang 20 meter dari arah kami mula mendengar salakan anjing tadi. Hanya berbekalkan sebilah lembih, anak babi tadi berjaya dibunuh. Kini jam menunjukkan jam 9 pagi dan setelah babi hutan dibunuh kami memikul babi hutan balik ke khemah. Setelah sampai di khemah kami bergotong royong melapah dan memotong babi hutan tadi.

Mengapa Kaum Dayak Pedalaman Suka Memburu Menggunakan Anjing
Barbeque beserta pansuh menjadi juadah di tepi sungai.
Mengapa Kaum Dayak Pedalaman Suka Memburu Menggunakan Anjing
Melapah hasil buruan

Penat lelah memang tidak terkata jika anda mengikuti orang 'ngasu' kerana kecergasan fizikal amat diperlukan. Namun, keseronokan mengatasi rasa penat lelah tersebut. Setelah makan tengah hari pada hari keduanya, kami pun mula berkemas dengan membuka khemah serta menyimpan periuk-periuk ke dalam kenderaan untuk berangkat pulang.

Saksikan video 'Ngasu' (Part 2)

~kiriman ringin.

Post a Comment

0 Comments