Kedai Terbaik Untuk Makan Pau

Kedai Terbaik Untuk Makan Pau di Kapit


Kapit. Sebut sahaja Kapit mesti ramai yang tidak mengenali apakah itu Kapit. Jika dicari menggunakan google map tentunya Kapit merupakan kawasan yang dikelilingi oleh hutan tebal. Kapit merupakan bahagian ketujuh di Sarawak yang terpisah dengan bandar-bandar besar di Sarawak. Pengangkutan air merupakan pengangkutan utama untuk datang ke Kapit.

kedai pau popular di kapit buntong

kedai pau popular di kapit buntong
  kedai pau popular di kapit buntong

Namun disebalik nama Kapit, hanya mereka pernah datang ke Kapit tahu apa yang 'dimiliki' oleh Kapit. Admin disini ingin berkongsikan sebuah Kedai Terbaik Untuk Makan Pau di Kapit iaitu kedai Buntong atau nama sebenarnya Ung Tung Cafe. Kedai yang diusahakan oleh warga cina tempatan yang lebih senang dipanggil dengan nama mr. Au.

Mr. Au yang mempunyi beberapa pekerja turut menjadikan kedai Buntong ini lebih meriah dengan pelbagai jenis pau yang memudahkan pelanggan memilih jenis pau yang mereka minati. Kedai Buntong ini dibuka setiap hari dan tutup sebelah petangnya. Kedai butong ini sangat laris sehingga tepaksa menunggu giliran untuk meja kosong.
Namun bagi mereka yang malas untuk menugggu meja kosong, kedai Buntong menyediakan servis tapao atau mengbungkus pau yang mereka beli untuk dibawah pulang atau ditapao untuk dibawah makan ke kedai lain.

Pelbagai jenis pau di Kedai Buntong Kapit ini. Antara jenis pau popular di Kedai Buntong ialah;


  • Chess Bun (RM 2.00 setiap satu)
  • Butter Roll (RM 2.00 setiap satu)
  • Hot dog pau (RM 1.60 setiap satu)

kedai pau popular di kapit buntong

kedai pau popular di kapit buntong

Cubalah datang dan nikmati pau di Kedai Buntong ini. Rasailah kelainan paunya dengan kedai lain apatah lagi apabila ditambah dengan minuman teh-c ping.

Picture source : FB

Post a Comment

1 Comments