Cara Pembayaran Google Adsense Melalui Western Union

Menjadi ad publisher Google atau lebih dikenali sebagai Google Adsense menjadi idaman semua orang. Google Adsense merupakan sebuah program dari Google yang mengendalikan program pay-per-click yang sangat popular masa kini. 

Cara Pembayaran Google Adsense Melalui Western Union

Jika anda telah menjadi seorang ad publisher dan tengah menunggu pembayaran dari google untuk pertama kalinya tentu anda terasa teruja malah ada sesetengahnya rasa ragu-ragu mengenai pembayaran tersebut. Google menyediakan 3 method pembayaran iaitu cheque, money tranfer dan yang amat popular dan mudah ialah melalui Western Union. Disini admin ingin berkongsikan bagaimana cara pembayaran Google Adsense melalui Western Union.

Cara Pembayaran Google Adsense Melalui Western Union.

Cara Pembayaran Google Adsense Melalui Western Union

Pergi ke ejen Western Union seperti pejabat pos dengan membawa payment receipt yang telah dihantar ke email anda sebelum ini, kad pengenalan dan potostat kad pengenalan.

Isi borang western union dengan lengkap berdasarkan payment receipt dari Google. Jika anda belum mendapat payment receipt sila pergi ke akaun Google Adsense anda dan pergi ke bahagian payment. Anda akan lihat status payment anda seperti ini "Automatic Payment Western union.....status Issued" klik pada link tersebut untuk mendapakan payment receipt anda.

Tunggu pegawai pos memproses borang anda dalam beberapa minit sebelum anda menerima Google Adsense Earning anda.

Had Pembayaran Google Adsense Melalui Western Union.

Google biasanya akan mengirimkan pembayaran penghasilan adsense secara otomatik pada 23 haribulan setiap bulannya. Had pengambilan wang adalah 60 hari daripada tarikh payment reciept anda. 

Jika anda tidak mengambil pembayaran tersebut dalam 60 hari, maka google akan menggabungkan pembayaran tersebut dengan pembayaran seterusnya nanti.

Post a Comment

0 Comments