Buah kelubi

buah kelubi atau buah maram

Buah kelubi atau dikenali sebagai buah 'maram' bahasa Iban. Buah ini menjadi kegemaran orang tempatan tidakkira muda atau tua. Buah kelubi ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai asam. Buahnya yang amat masam dan seperti mengunyah 'span' jika dimakan tanpa sebarang campuran ramuan seperti garam dan ajinomoto 

buah kelubi atau buah maram
Buah kelubi ini juga ada dijual di market-market

Cara makan Buah Kelubi.


Buah kelubi yang mempynai kulit seperti bersisik dan berwarna kemerah-merahan senang didapati di kawasan belukar dan berpaya. Cara makan buah kelubi ialah dengan mengupas kulitnya sebelum menghiris menjadi kepingan kecil dan dicampur dengan garam serta ajinomoto.

buah kelubi atau buah maram

Untuk menjadikan ianya lebih sedap, buah kelubi yang telah dihiris tadi boleh ditambah dengan ikan bilis, kicap dan belacan. Buah kelubi ini juga sesuai untuk dijadikan jeruk untuk memudahkannya tahan lama.

Pokok Buah Kelubi

Pokok buh kelubi ini adalah berduri tajam dan panjang. Sila pastikan anda apabila memetik buah kelubi ini menggunakan sarung tangan tebal.
pokok kelubi

Post a Comment

0 Comments