Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular

PELIK TAPI BENAR-Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular berbentuk seperti katak sebesar lutut yang dibelit dan dilingkari dengan ular sebesar 'chopstick'. Ini merupakan sesuatu cerita pelik tetapi benar yang admin alami sendiri.


Batu rusa atau nama lainnya dipanggil 'batu' payau', 'geliga rusa' atau batu yang menyerupai sesuatu sememangnya sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain. Ini adalah pengalaman admin bersama seorang rakan semasa memburu pada pukul 4 pagi di kawasan yang digelar 'Balang' iaitu kira-kira 2 jam setengah dari pekan Kapit sampai ke Balang.

Rusa tersebut berjaya ditembak rakan admin menggunakan senapang patah sebanyak tiga kali. Apa yang pelik ialah semasa membersihkan ususbesar rusa tersebut, kami mendapati ada pelbagai jenis batu yang sangat unik dan tidak mungkin terdapat di tempat lain di dunia ini.

Selain daripada batu tersebut, terdapat juga benda lain seperti akar sebesar pembaris dan sepanjang lebih kurang 20 sentimeter. Seutas kain hitam diikat dengan tali berwarna oren secara beranyam semasa pertama kali melihat. Tetapi tali yang berwarna oren tersebut telah bertukar menjadi warna hitam kini.

Begitu juga dengan tanduk. Rusa jantan ini seberat lebih kurang 100kg dan mempuynai tiga cabang kecil tanduk. Manakala cabang tanduk besar adalah dua. Satu berwarna putih dan satu berwarna hitam dan mempunyai lubang yang berisi ulat.

Benda pelik yang terdapat di usus besar rusa

1. Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular sebesar 'chopstick'.

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

2. Baru rusa yang satu ini seperti mempunyai anyaman halus. Tidak berat, tetapi seperti bunyi plastik apabila diketuk. Tapi yang peliknya batu rusa ini tenggelam.

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

3. Kain hitam dibalut dengan tali pisang secara beranyam yang pertama kali melihat berwarna oren. Tetapi kini berwarna hitam.

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

4. Akar kayu dalam perut rusa. Akar ini sebelum ini berwarna kekuningan tetapi kini semuanya berwarna hitam.

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

5. Tanduk rusa yang pelik. Rusan jantan ini mempunyai tiga cabang kecil tanduk. Manakala cabang tanduk besar adalah dua. Satu berwarna putih dan satu berwarna hitam dan mempunyai lubang yang berisi ulat. (Bulatan merah merupakan ulat).

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

batu rusa yang pelik dan dilingkari ular

Upacara Miring

Hasil daripada nasihat orang tua kami melakukan upacara miring bagi 'menyambut kedatangan' batu rusa tersebut. Upacara miring dalam bahasa Iban merupakan upacara tradisi dan turun temurun daripada nenek moyang yang masih diamalkan sehinga kini bagi merestui, memohon keberatan daripada nenek moyang.

Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular
Upacara Miring 
 Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular

Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular

Video Batu Rusa Yang Pelik Dan Dilingkari Ular


Post a Comment

0 Comments