Aktiviti Menembak Ikan di Sungai Gaat, Kapit Semasa Musim Kemarau.
Musim kemarau di pedalam Kapit, Sarawak merupakan tempat tumpuan pengemar-pengemar dan pencinta alam. Banyak aktiviti dapat dilakukan seperti berkelah, menjala ikan, memburu, menembak ikan dan sebagainya.
Pada musim kemarau inilah pendapatan sampingan orang pedalaman meningkat hasil daripada penjualan ikan semah, empurau, tenggadak, baung dan banyak lagi.
Persediaan peralatan sebelum memulakan aktiviti menembak ikan.
Sebelum memulakan aktiviti menembak ikan, sila pastikan peralatan menembak ikan anda telah disediakan. Pastikan senapang ikan berada lama keadaan yang baik dan selamat. Begitu juga dengan 'goggle'. Sediakan sabun untuk mencuci goggle anda sebelum menyelam bagi mengelakkan goggle anda menjadi rabun.
Video aktiviti menembak ikan.
Keselamatan sebelum memulakan aktiviti menembak ikan.
Keselamatan perlu diutamakan semasa menyelam. Baju hendaklah ditanggalkan bagi menglakkan tersangkut dalam air terutamanya jika anda berada dalam aliran air berpusing dan deras.-Sumber gambar FB Sengayuh Melaban
0 Comments