Masih ingat lagikah anda kejadian lelaki warga emas yang hilang di Kapit selama 4 hari. Lelaki warga emas itu yang dikenali sebagai Buda Win berumur 72 tahun berasal daripada Rumah Panjang Gawan, Lepong Balleh Kapit. Magsa ditemui pasukan pencari dan penyelamat (SAR) pada jam 1215 tengah hari iaitu pada hari keempat mangsa dikatakan hilang semasa mencari hasil hutan.
Cerita mangsa lagi, 'orang-orang' di tempat mangsa hilang terkejut melihat kepala bagi tanpa badan itu dan dan 'orang-orang' itu juga berebut untuk mengambil kepala babi itu sehingga berlaku pertelingkahan kecil. Menurut mangsa lagi, ekoran daripada pertelingkahan itu, mangsa dilepaskan oleh 'orang-orang' itu kerana kepala babi menyebabkan mereka bergaduh dan tiada guna 'menyimpan manusia' ini disini kata mereka.
Kejadian Sebenar Kisah Lelaki Warga Emas Hilang Di Hutan.
Kisahnya bermula apabila mangsa masuk ke hutan mencari hasil hutan seperti daun 'sabong' (dalam bahasa Iban). Jika dibayangkan, hutan tersebut merupakan kawasan yang sangat biasa baginya. Mangsa tahu selok belok hutan tersebut dan tidak sama sekali hutan tersebut boleh menyesatkannya. Pada masa kehilangan mangsa, mangsa menceritakan mengekori seseorang dalam hutan yang mengatakan terdapat banyak daun 'sabong' di sesuatu tempat sehingga mangsa terlupa yang mangsa tersesat dan sangat asing baginya 'tempat' itu.Mangsa berada di suatu tempat yang sangat asing.
Setelah mengamati tempat itu, baru mangsa sedar yang mangsa telah berada si suatu tempat yang mangsa sendiri tidak tahu dimana tempat itu. Ekoran daripada itu, laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan untuk mencari mangsa. Setelah beberapa hari mangsa tidak ditemui, upacara korban dilakukan oleh keluarga mangsa dengan mengorbankan seekor ayam, namun pencari masih menemui jalan buntu.Melakukan korban babi.
Kali kedua korban dilakukan ialah dengan mengorbankan seekor babi kampung. Upacara turun temurun ini sering dilakukan oleh masyarakat Iban di Sarawak bagi membantu penemuan orang hilang. Kali ini usaha mengorbankan babi kampung menemui hasil. Babi yang telah dikorbankan diletakkan tidak jauh daripada tempat sembelih. Tetapi yang peliknya, tiba-tiba kepala babi tersebut hilang. Menurut mangsa, kepala babi kampung yang dikorbankan tersebut telah sampai ke suatu tempat dimana mangsa dikatakan hilang.Cerita mangsa lagi, 'orang-orang' di tempat mangsa hilang terkejut melihat kepala bagi tanpa badan itu dan dan 'orang-orang' itu juga berebut untuk mengambil kepala babi itu sehingga berlaku pertelingkahan kecil. Menurut mangsa lagi, ekoran daripada pertelingkahan itu, mangsa dilepaskan oleh 'orang-orang' itu kerana kepala babi menyebabkan mereka bergaduh dan tiada guna 'menyimpan manusia' ini disini kata mereka.
1 Comments
Hobbit
ReplyDelete