Gereja tiba-tiba muncul di tengah tasik Bandar Patosi

Ini sebabnya mengapa Gereja tiba-tiba muncul di tengah tasik Bandar Patosi.


gereja bandar patosi venezula

gereja bandar patosi venezula
Keadaan Bandar Patosi ketika air kering
Sebuah bandar dan bangunan yang muncul dan keluar dari air mungkin masih terdengar seperti kejadian mistik. Namun, tidak bagi gereja Potosi di Venezuela. Kisahnya ialah pada zaman dahulu, Bandar Potosi mempunyai kira-kira 1,200 penduduk dan tanah seluas 7.7 batu persegi. Malangnya, bandar ini sengaja dibanjiri untuk membuat empangan air oleh kerajaan Venezuela pada tahun 1985. 

Oleh kerana itu, semua orang di bandar ini terpaksa menjadi pelarian dan semua rumah, serta gereja ditinggalkan begitu saja tenggelam di bawah air yang sekarang dinamakan Uribante Reservoir, menyaksikan satu gereja tua terbengkalai yang masih berdiri teguh sehingga ke hari ini. 

gereja bandar patosi venezula
Puncak Gereja digunakan untuk menyukat paras air
Dari tahun 1985 hingga dengan 2008, pengunjung yang datang ke Uribante Reservoir akan menyaksikan pasang surutnya air serta dapat melihat sendiri keadaan seperti sebelumnya. Selama ini, puncak gereja tersebut digunakan untuk mengukur tahap air. Walau bagaimanapun, pada tahun 2008, salib di hujung atas gereja mula kelihatan lebih tinggi dari permukaan air, yang membuktikan bahawa air di empangan ini mengalami penurunan.

Bencana El-Nino

Pada 2010 bencana El Nino melanda kawasan tersebut dan seletalah badai reda, dapat disaksikan keadaan kawasan tersebut terutamanya Bandar Potosi. Di sana anda akan dapat melihat bentangan besar, tanah rata dan sebuah gereja yang menjulang berdiri sepanjang 85 kaki. Bahagian atas gereja tetap kelihatan utuh walaupun badan gereja hampir musnah disebabkan hakisan air.

gereja bandar patosi venezula
Keadaan Bandar Patosi apabila paras air naik.
Laman bandar bersejarah ini berfungsi sebagai peringatan bahawa Venezuela pernah mengalami kekurangan tenaga elektrik yang teruk. Takungan air tersebut sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada penduduk dengan penjanaan tenaga elektrik. - sumber http://kabari-gereja.blogspot.my/2016/07/gereja-terbengkalai-ini-muncul-di-saat.html

Post a Comment

0 Comments