8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

Serikin adalah sebuah pekan kecil Bidayuh di Bahagian Kuching, Sarawak, Malaysia. Pekan ini terletak kira-kira 15 km dari pekan Bau dan 80 km dari bandar Kuching. Pasar Seriken banyak menjual pelbagai barangan seperti tikar, periuk, bangku rotan, jam tangan, tembikar, barang lama seperti seterika lama, gitar dan banyak lagi. Jika anda hendak ke Serikin anda, 10 cenderahati yang anda harus beli

10 cenderahati yang anda harus beli di Seriken

1. Bangku Rotan - Bangku yang diperbuat daripada rotan tempat semakin menjadi pilihan pengunjung ke Serikin kerana kreativiti pereka yang mamput menghasikan bentuk yang pelbagai. Antara barang yang diperbuat daripada rotan yang terdapat di Seriken juga adalah seperti tudung saji. 


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

2. Gelang tangan - Bagi pengunjung yang minat memakai eksesories gelang, Seriken merupakan tempat terbaik untuk anda memilih dan membeli gelang tangan yang anda suka. Bukan saja gelang tangan, pengikat rambut, sikat, cincin dan sebagainya juga terdapat di Sariken.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken


3. Permainan Kanak-kanak - Jika anda membawa anak-anak ke Seriken, tentunya anda biasa melihat permainan boat seperti ini. Belilah satu untuk anak anda.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

4. Kain - Kain merupakan salah satu daripada tarikan pengunjung ke Serikin. Dengan harga yang berpatutan, terdapat pelbagai pilihan corak dan warna kain yang pengunjung inginkan terdapat di Serikin.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

5. Gitar - Inilah tempat terbaik untuk golongan muda untuk memiiki perlbagai bentuk gitar idaman mereka. Dengan harga yang berpatutan mengikut corak dan warna kegemaran anda, pasti anda sukar memilih mana satu gitar pilihan anda.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

6. Barangan lama - Terdapat barangan antik yang dijual di Serikin hasil koleksi penjual daripada pelbagai sumber seperti radio lama, seterika lama, tempat simpanan sireh dan banyak lagi yang pastinya menarik perhatian pengunjung.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

7. Kuali - Barangan dapur juga tidak ketinggalan. Kaum wanita amnya pasti akan tertatik dengan pelbagai peralatan dapur seperti periuk, kuali dan sebagainya di Serikin.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

8. Tikar - Tikar yang diperbuat daripada rotan ini yang pastinya menjadi tarikan utama pengujung ke Seriken. Dengan tikar yang pelbagai rupa bentuk dan corak ini menjadi penyebab mengapa anda harus membeli tikar rotan ini. Tikar ini adalah hasil kraftangan masyarakat Bidayuh dan masyarakat di sekelilingnya.


8 Cenderahati Yang Anda Harus Beli Di Seriken

8 cenderahati yang harus anda beli di Serikin pasti akan memuaskan anda kerana sesetengah barang diatas hanya boleh didapati di Serikin. Rancanglah perjalanan anda ke Serikin dan yang pastinya bawalah kereta besar. Kalau kereta kecil takut tak cukup pula.-sumber gambar source : sarawaknetwork, malaysianoyks.blogspot.com, mysarawak2.blogspot.com, borneo-tourism.blogspot.com, wilsonchin.blogspot.com


Post a Comment

0 Comments