3 Sebab Mengapa Sumbangan 41 Wanita Sarawak Dalam Pendidikan Perlu Dibuku

Sarawak Women in Education: Shaping Mind, Body and Spirit

3 Sebab Mengapa Sumbangan 41 Wanita Sarawak Dalam Pendidikan Perlu Dibuku


Sarawak Women in Education: Shaping Mind, Body and Spirit merupakan sebuah buku yang berbentuk ensiklopedia yang memaparkan kisah menyeluruh dan personaliti 41 orang guru yang telah berjasa dalam mendidik anak bangsa. Buku Sarawak Women in Education: Shaping Mind, Body and Spirit akan diterbitkan pada Hari Wanita peringkat negeri.

Jom ketahui 3 Sebab Mengapa Sumbangan 41 Wanita Sarawak Dalam Pendidikan Perlu Dibuku

1. Sarawak Women in Education: Shaping Mind, Body and Spirit merupakan inspirasi kepada semua guru dan pendidik kerana buku berbentuk ensiklopedia ini memaparkan kisah menyeluruh bagaimana seorang duru dan pendidik dalam menyampaikan ilmu kepada murid tanpa mengira latar belakang dan lokasi mengajar terutamanya apabila dihantar ke pedalaman.

2. Sarawak Women in Education: Shaping Mind, Body and Spirit bukan sahaja memaparkan kisah guru dan pendidik dalam menyampaikan ilmu dalam bidang akademik tetapi juga merangkumi pelbagai bidang lain seperti sukan, agama dan muzik kerana bagi mereka ilmu perlu diturunkan dalam pelbagai bidang agar dapat disambung dan disampaikan ke generasi seterusnya sebagai contoh aksi Pandelela Rinong dalam sukan terjunan air mampu membawa beliau malah Malaysia amnya ke mata dunia.

3. Dalam buku Sarawak Women in Education: Shaping Mind, Body and Spirit mereka juga turut memaparkan sumbangan pendidik tidak formal yang mamainkan peranan penting dalam masyarakat bagi membentuk minda masyarakat, kesihatan tubuh badan yang menggalakan masyarakat sentiasa bersenam dan pembangnan rohani.

Buku yang setebal 200 muka surat itu akan diumumkan pada 31 Oktober 2016 iaitu sebelum sambutan Hari Wanita peringkat negeri diadakan manakala sambutan itu akan diadakan pada 5 November di Stadium Perpaduan di sini, bermula jam 9 pagi dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.

Post a Comment

0 Comments