Aktiviti Menembak Pada Hujung Minggu Bersama Rakan-Rakan Dengan Tiga Jentera.
![]() |
Sampai di persimpangan destinasi |
Bagi sesetengah orang menembak bersama rakan-rakan sambil bersantai serta menghirup udara yang segar merupakan aktiviti yang seronok dilakukan. Apatah lagi dengan ketenangan hutan dapat melepaskan segala tekanan kerja.
Aktiviti menembak bersama rakan-rakan ini telah diatur dan dirancang beberapa hari sebelum bergerak. Perjalanan menggunakan 3 buah motosikal mengharungi jalan balak yang berlumpur dan becak. Pengalaman dalam mengendalikan motosikal untuk mengharungi bentuk muka bumi yang tidak rata ini digunakan dengan berhati-hati agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
![]() |
Rakan-rakan 'melayan' penat lelah dengan melelapkan mata sekejap |
Perjalanan dimulakan pada pukul 3 petang dan sampai ke lokasi kira-kira dua jam kemudian. Bekalan-bekalan makanan seperti beras, garam, ajinomoto makanan dalam tin sememangnya telah tersedia awal. Khemah ala kadar suja turut tersedia jika berlaku hujan.
![]() |
Khemah ala kadar inilah menyelamatkan kami daripada hujan lebat |
Setelah semuanya bersedia, kami mula menyusuri sungai untuk menjala ikan. Terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang terdapat disini seperti anak kelah (semah dalam bahasa tempatan).

![]() |
Air yang berbatu-batu merupakan habitat semulajadi ikan kelah |
![]() |
Ketam sungai yang dikatakan mempunyai khasiatnya tersendiri |
![]() |
Ikan kelah. Spesis ikan yang sangat bernilai di pasaran |
![]() |
Beberapa spesis ikan air tawar yang lain |
Begitulah aktiviti hujung miggu admin bersama rakan-rakan apabila sampai hujung minggu.
0 Comments