Bunga Rafflesia merupakan bunga yang tersebsar didunia. Bunga yang mempunyai bau yang pelik itu hanya terdapat di beberapa tempat di Borneo. Nama bunga Rafflesia itu diambil dengan sempena nama Rajah Charles Brooke yanag kedua atau 'Tuan Mudae" dalam bahasa Melayunya.
Di Taman Negara Gunung Gading bunga ini mula berkembang sejak beberapa hari lalu dan akan berterusan sehingga beberapa hari lagi. Pengemar atau pelancong yang ingin melihat bunga Rafflesia berkembang ini menyerbu Taman Negara Gunung Gading sejak beberapa hari yang lepas. Edmung Gering, seorang pegawai yang bertugas di taman berkenaan, berkata bunga Rafflesia memerlukan masa sehingga sembilan bulan untuk berkembang.
Bunga terbesai itu juha berdiameter 40 sentimeter dan mempunyai lima hingga enam kelopak. Taman Negara Gading mempunyai sekurang-kurangnya 20 bunga Refflesia di taman negara tersebut yang menjadi tumpuan pelancong bagi melihat dengan sendiri bunga yang terbesar didunia itu berkembang.
Habitat bunga itu juga agak tersorok kerana ia tumbuh di celah-celah batu besar. Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai di Taman Negara Gunung Gading ini telah menandakan tempat dimana berkembanganya bunga terbesar itu. Datanglah beramai-ramai bagi melihat sendiri bunga Rafflesia ini berkembang.
0 Comments