Dabai dijadikan coklat SaraChocs


Sarawak memang terkenal dengan kepelbagaian buah-buahan bermusim seeprti durian, langsat, dabai, duku, rambutan dan sebagainya. Dabai amnya merupakan buah sebesar tunjuk kaki berwarna hitam itu mempunyai citarasa tersendiri kerana buah dabai ini dapat menghasilkan kepelbagaian dan keunikan resipi makanannya tersendiri. 

Kini, tidak hairannya buah dabai dijadikan produk makanan berbentuk seperti coklat dengan perlancaran SaraChocs semalam. Turut dalam perlancaran produk tersebut ialah Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladangan Datuk Francis Harden Hollis. Produk ini dibangunkan hasil daripada kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak, Lembaga Koko Malaysia dan Institut Saintis Pertanian Sarawak.

SaraChocs dengan slogan "nangbelalak" diharap dapat bersaing dengan produk-produk coklat lain di pasaran yang turut juga disaksikan oleh Menteri Muda Pertanian Malcolm Mussen Lamoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Muhammad Razi Sitam, Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datin Norhaini Udin dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong.

Post a Comment

0 Comments