Individu Menggunakan Kekerasan Terhadap Penjawat Awam Telah Ditangkap

Pasangan suami isteri yang mengasari penjawat awam semasa menjalankan tugas-sumber Foto FB

Individu Menggunakan Kekerasan Terhadap Penjawat Awam Telah Ditangkap


Polis Diraja Malaysia telah mengesahkan Individu Menggunakan Kekerasan Terhadap Penjawat Telah Ditangkap semalam dan akan dituduh kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap Penjawat Awam di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua PASANGAN suami isteri, Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Dalam insiden seorang pengatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dikasari oleh pasangan suami isteri itu yang tidak puas hati setelah mengeluarkan saman. Tertuduh juga turut diarahkan membayar denda RM 3000 seorang.

Polis mengesahkan pasangan tersebut telah ditangkap-sumber  foto-Bharian online

Pasangan suami isteri itu dituduh menggunakan kekerasan terhadap Nurul Ain Isa 23 tahun ketika sedang menjalankan tugas. Jika sabit kesalah kedua-dua pasangan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Insiden berlaku kirakira jam 10.30 pagi bersama seorang rakan setugasdi kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra setelah pasangan tersebut tidak berpuas hati terhadap saman yang dikeluarkan terhadap suspek kerana tidak mempunyai bayaran kupon letak kereta.

Post a Comment

0 Comments