Kematian Disebabkan Obor-Obor Irukandji

Dua pelancong Perancis yang meninggal dunia dalam masa beberapa minit semasa snorkeling di Great Barrier Reef berkemungkinan telah disengat oleh obor-obor Irukandji menurut pakar kardiologi.

Kematian Disebabkan Obor-Obor Irukandji

Pasangan yang berusia 74 dan 76 tahun itu mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di dalam air di Michaelmas Cay, timur Cairns, pada Rabu. Jika mereka memakai sut penyengat mereka akan selamat daripada sengatan obor-obor tersebut sebagaimana mereka yang lain. Pakar kardiologi Dr Ross Walker berkata adalah sangat tidak masuk akan jika mereka mati secara serentak iaitu selang beberapa minit jika tanpa merujuk kepada kesihatan mereka. "Saya fikir besar kemungkinan mereka telah disengat oleh Irukandji," kata Dr Walker. Irukandji adalah sebesar kuku jari kecil anda yang mana sangat sukat untuk melihatnya dengan mata kasar.

Kajian mengenai obor-obor Irukandji

Irukandji adalah salah satu makhluk yang paling berbisa di dunia. Dr Walker berkata toksin yang boleh mengambil masa yang nyata, dan boleh menghantar toksin  ke seluruh badan sehingga menyebabkan serangan jantung. Passions of Paradise telah beroperasi sejak hampir tiga dekad dan telah menerima kunjungan pelancong lebih daripada 400,000 orang untuk melihat terumbu di dasar laut. Pasangan yang meninggal dunia tersbebut adalah antara sekumpulan 21 orang yang mengambil pakej Passions of Paradise . Toksin akan bertindak bermula dari minit ke 15 atau 20 sebelum ia benar-benar berkesan kata Dr Walker.

Penafian daripada ketua Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Laut

"Hanya spekulasi", kata ketua pelancongan Col McKenzie daripada Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Laut. Beliau berkata anak kapal dari Passions of Paradise menjadi pemandu arah dalam selaman mereka. Baginya tidak pernah ada seseiapa melihat obor-obor sedemikian. Beliau berkata, anak-anak kapal mengendalikan keadaan dengan baik. "Untuk mempunyai dua kejadian berasingan berlaku dalam tempoh 10 minit antara satu sama lain adalah tidak pernah di dengari," katanya. "Saya mempunyai 35 tahun dalam industri dan saya tidak pernah mendengar apa-apa seperti itu."

Reef 'benar-benar selamat' Timbalan Perdana Jackie Trad mengucapkan takziah beliau kepada keluarga pelancong dan teman-teman mereka dalam insiden itu. Beliau berkata adalah penting untuk mempertimbangkan semua faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian itu. Tetapi mempertahankan rekod keselamatan di rantau ini "Ia adalah benar-benar selamat," katanya. "Ia adalah satu ikon dunia dan kami menggalakkan ramai orang untuk datang ke Queensland untuk melihat terumbu karang. "Kami akan lihat semua faktor-faktor yang menyumbang kepada kematian ini tetapi sekarang hanya ucapan takziah dan simpati kami kepada keluarga mangsa.-sumber asal http://www.abc.net.au/

Post a Comment

0 Comments