Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Dalam bidang arkeologi dan antropologi, rumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini mengikut sumber wikipedia.

Rumah panjang berevolusi mengikut zaman dimana agak sukar untuk mencari rumah Panjang tradisional sekarang ini berbanding rumah panjang moden. Jika dahulu kedudukan rumah panjang adalah terletak di pedalam sesebuah daerah. Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang agak menyeronokan dimana penghuni bebas menikmati hasil hutan dan menghirup udara segar, bercucuk tanam, memungut hasil tanaman seperti buah-buahan dan sebagainya.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang yang pasti memukau anda.


Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang yang pasti memukau jika anda berpeluang untuk bermalam bersama penduduk rumah panjang. Banyak aktiviti rumah panjang anda akan anda dapat lakukan.

Memungut buah-buahan 

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Jika musim buah-buahan anda akan diajak untuk memetik dan mengumpul buah-buahan tempatan seperti durian, mawang, rambutan, langsat, dabai dan banyak lagi.

Menjemur padi yang telah dituai

Selepas aktiviti menuai selesai tiba masanya penghuni rumah panjang menjemur padi untuk diproses menjadi beras.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Menjual kepingan getah

Menoreh getah juga meruapakan aktiviti sampingan penduduk rumah panjang dan hasilnya akan ditimbang dan dijual kepada pembeli di pekan berdekatan.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Makan bersama keluarga

Beginilah keadaan apabila sebuah keluarga makan besama menikmati lauk pauk yang sangat segar dan mudah didapati di hutan sekeliling.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Suasana di tebing sungai

Sungai merupakan laluan utama bagi rumah panjang yang jauh di pedalaman. Namun pada menjelang senja tentunya sungai mejadi riuh rendah dengan suara terikan anak-anak kecil bermandi manda.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Kraftangan

Tidak ketinggalan juga, masa terluang tentunya diambil oleh golongan tua untuk menghasilkan kraftangan daripada hasil hutan. Sesetengah hasil kraftangan ini akan dijual kepada pembeli berdekatan.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Menjala ikan

Menjala ikan dan memancing tentunya aktiviti yang tidak asing lagi kepada penduduk rumah panjang ini. Ikan segar yang diperolehi akan dibawah pulang dan dinikmati bersama keluarga. Jika terdapat ikan yang berlebihan, tentunya ia akan dijual ke pekan berdekatan.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Menonton tv

Pada zaman dahulu, tv merupakan satu aset yang sangat asing. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai tv dan apabila menjelang malam tentunya bilik akan menjadi seperti panggung wayang terutamanya budak-budak kecil.

Suasana Kehidupan Di Rumah Panjang

Post a Comment

0 Comments