Suasana Meriah Musim Perayaan DiKapit

Kapit merupakan diantara pekan terpecil yang terpinggir dan jauh di hulu sungai. Bahagian ketujuh ini juga hanya boleh dilawati hanya dengan penggangkutan air seperti bot express yang memakan masa 3 jam. Dengan Jumlah penduduk di daerah Kapit sekitar 56,709 orang menjadikan pekan Kapit ini agak meriah terutamanya apabila hampir musim perayaan.

Fun Fair dan pelbagai barangan jualan dipamerkan.

Pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, selipar barangan dapur, cermin mata dan banyak lagi dipamerkan di Fun Fair Kapit Town Square. Tetapi jika diteliti betul-betul, harga barangan disini agak mahal jika dibandingkan dengan kedai-kedai biasa disekitarnya. Namun, tawar-menawar untuk barang yang ingin dibeli amat digalakkan.

Selipar dan kasut kanak-kanak yang turut dijual di Fun Fair Town Square.


Tikar-tikar yang dijual termasuklah tikar dianyam sendiri.

Pakaian seperti baju dan seluar juga turut dijual.

Barangan tenunam seperti pua kumbu oleh masyarakat Iban turut dijual. Bagi  orang luar yang berkunjung ke Fun Fair Kapit Town Square ini jangan lupa untuk membeli barangan tenunan seperti baju pua kumbu ini.

Cermin mata yang beraneka corak dan warna turut juga dijual.

Antara beberapa jenis selipar getah yang dijual.

Barangan plastik seperti jug dan sarung tilam juga dijual.



Bagi mereka yang tidak pernah menjenguk kapit, inila masa yang sesuai kerana hujung tahun bukan sahaja meriah dengan pelbagai barangan dijual malah anda juga berpelang untuk membeli pelbagai jenis buahan-buahan tempatan seperti dabai, durian, rambutan, langsat dan sebagainya.

Post a Comment

0 Comments