Setelah balik daripada kerja jam 8 malam admin berasa letih dan mencari warung kopi berdekatan tidak jauh daripada pasar sentral Sibu. Admin hanya memesan air sirap serta sepinggan mee goreng. Admin mencari meja yang berdekatan dengan kaki lima kerana ini menyenangkan admin untuk merokok. Disebelah meja admin ada 3 orang warga emas berbangsa bumiputera dan seorang cina.
Dalam perbualan mereka admin sempat mendengar perbincangan mereka terhadap pembunuhna aktivis tanah Bill kayong atau dikenali juga sebagai pemimpin PKR Miri. Dalam perbincangan mereka seorang telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana "Datuk Stephen Lee Chee Kiang Didapati Tidak Bersalah Terhadap Pembunuhan Bill Kayong". Admin yang duduk bersebelahan dengan meja mereka pun tersentak dan terkejut.
Terkejut dengan perbualan mereka admin mencelah dan duduk rapat dengan mereka. Pakcik, bukan macam tu kata admin. Mungkin pakcik keliru dengan tajuk berita akhbar. Sebenarnya begini, Datuk Stephen Lee Chee Kiang masih dalam pengakuan tidak bersalah. Saya percaya kita ada undang-undang yang dapat mengheret dalang pembunuhan Bill Kayong kata admin kepada mereka.
Mereka pun lega dengan jawapan admin dan dengan merujuk artikel dibawah oleh Borneo Post Online mungkin jelas jawapan admin kepada mereka.
![]() |
Datuk Stephen Lee Chee Kiang yang ditahan polis, merupakan dalang utama pembunuhan Bill Kayong |
MIRI: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Miri semalam terhadap tuduhan bersubahat membunuh pemimpin PKR Miri, Bill Kayong.
Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjung Lobang di sini didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh bersama-sama Lie Chang Loon, 37, Chin Wui Chung, 50, dan seorang lagi yang masih bebas telah bersubahat mengupah Mohamad Fitri Pauzi, 29, untuk membunuh Kayong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.20 pagi, 21 Jun tahun ini di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Fadzila Ishak turut mengemukakan kebenaran untuk mendakwa kepada mahkamah dan pada masa sama memberitahu telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada pihak peguam bela tertuduh yang diwakili David Kuok.
Sementara itu, David mengesahkan telah menerima semua dokumen tersebut bagi pihak peguam bela tertuduh, Orlando Chua yang sedang dalam cuti sakit setelah menjalani pembedahan bahu di luar negara.
Katanya, Orlando hanya akan kembali ke Malaysia pada 8 Januari ini, justeru beliau memerlukan masa untuk mengkaji segala dokumen dan menyediakan hujah pembelaan.Pada prosiding sama, Fadzila turut memohon agar kes keempat-empat tertuduh iaitu Stephen Lee Chee Kiang, Mohamad Fitri Pauzi, Lie Chang Loon dan Chin Wui Chung dibicarakan bersama.
Mohamad Fitri Pauzi, 29, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Kayong.
Jika sabit kesalahan, tetuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun lalu di persimpangan lampu isyarat berdekatan pasar raya Emart terbabit.
Manakala, dua lagi tertuduh iaitu Lie Chang Loon, 37, dari Taman Pin Fook dan Chin Wui Chung, 50, dari Lorong 5 Krokop di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang turut memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh telah bersubahat dengan Lee Chee Kiang, 44, dan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Kayong.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab kemudian menetapkan 9 Januari ini untuk sebutan lanjut kes.
Manakala keempat-empat tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.
![]() |
Salah seorang individu yang terlibat sama dalam pembuhunan Bill Kayong |
Bagi admin, semoga undang-undang dijalankan tanpa sebarang 'masalah' kerana dalang utama semestinya menerima hukuman yang setimpal.
0 Comments