7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial. 7 hidangan makanan traditional ini bukan sahaja sentiasa di post di Facebook tetapi juga di pelbagai medial sosial yang lain seperti wechat, whatapps, instagram, telegram dan banyak lagi.

Jika dahulu sebelum wujudnya kemudahan sebegini, tentunya hidangan ini sangat asing bagi mereka yang di bandar. Tetapi di kampung, hermmm. 7 hidangan makanan traditional inilah menjadi santapan harian penduduk di pedalaman. 

Mengikut perubahan zaman juga, 7 hidangan makanan traditional ini juga telah banyak yang dikomersilkan dan kini menjadi tarikan dan menjadi permintaan yang tinggi dikalangan pengemar makanan traditional di bandar. Disini admin ingin senaraikan 7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Di post Di Media Sosial.

1. Siput Sungai. 

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Siput sungai dimasak ala 'thai'

Siput sungai sebesar ibu jari ini amat digemari oleh mereka yang pernah mencubanya. Dengan resipi yang ala kadar seperti dicampur dengan cili kering, kicap, sedikit gula sudah semestinya menjadikan ianya kegemaran ramai.

2. Sambal Petai.

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Sambai petai dimasak bersama belacan.

Bagi peminat petai. Resipi inilah yang menjadikan makan malam tidak lengkap jika hidangan ini tidak disediakan. Dahulu petai hanya dikenali di kampung-kampung yang berdekatan dengan hutan. Tetapi kini telah banyak yang dikomersilkan. Walaupun bau petai amat kuat, namun itu tidak menghalang petai disajikan di restoran-restoran mewah.

3. Ikan 'Seluai'.

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Ikan 'seluai' sebelum dimasak menggunakan daun.

Ikan kecil ini lebih popular dikenali sebagai ikan 'seluai' oleh masyarakat Iban. Sais ikan adalah sebesar tunjuk jari. Jika digoreng dicampur dengan bahan tertentu menjadikan ianya sangat rangup apabila dimakan. Tulang-tulang kecil ikan ini boleh dikunyah dan anda tidak akan tercekik. Pelbagai resipi boleh dicuba untuk memasak ikan ini seperti 'pansuh' (dimasak dalam buluh), 'lulun' (dimasak dalam bungkusan daun).

4. Ulat matal (ulat sagu).

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Ulat matal/ulat sagu dipanggang hangus.

Ulat matal atau juga dikenalai sebagai ulat sagu ini senang didapati di pohon-pohon sagu yang telah ditebang. Sais ulat ini adalah sebesar ibu jari kaki. Bagi yang tidak pernah mencuba makannya, sudah semestinya mereka sangat berasa geli. Tetapi bagi mereka yang pernah mencubanya, akan terasa hidangan makan malam anda tidak lengkap tanpanya. Pelbagai cara memasaknya seperti merebus, membakar seperti satay, digoreng dan sebagainya.

5. Pekasam Ikan.

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Pekasam ikan sebelum dimasak secara kukus.

Juadah ini merupakan juadah yang sangat popular di kampung kerana senang didapati. Pelbagai jebis ikan boleh dijadikan pekasam seperti, ikan kelah, ikan empurau, ikan-ikan kecil dan sebagainya. Cara memasaknya cukup dengan merebus atau dicampur dengan daun ubi.

6. Salai Ikan.

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Salai ikan dicampur dengan sayur-sayuran.

Hidangan jenis ini amat sesuai bagi mereka yang baru melahirkan anak atau dalam tempoh berpantang. Ikan yang telah disalai boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti merebus dan dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran. 

7. Daun Ubi.

7 Hidangan Makanan Traditional Yang Paling 'Win' Dipost Di Media Sosial
Daun ubi yang titumbuk dan dicampur dengan bunga kantan.

Hidangan ini amat popular kerana senang didapati malah hampir kesemua rumah ditanam dengan daun ubi. Pokok ubi amat senang ditanam dan cepat mengeluarkan pucuk yang segar. Senang diambil. Hanya memetik daun yang muda, kemudian membasuh serta menumbuk daun ubi tersebut dengan lesung. Bagi sesetengah orang daun ubi lebih sedap jika digosok menggunakan jari dan dicampur dengan sedikit daging.

Sememangnya 7 Hidangan Makanan traditional Yang Paling 'Win' Di post Di Media Sosial menjadi kegemaran semua terutamanya mereka yang pernah merasa kehidupan di kampung-kampung sehinggalah 7 Hidangan Makanan traditional di atas kini mudah didapati di restoran-restoran terkenal di seluruh Malaysia.

Post a Comment

0 Comments