Saleem Iklim terlantar di HUKM

Saleem Iklim terlantar di Hospital University Kebanggsaan Malaysia (HUKM) dengan keadaan yang tenat.


KUALA LUMPUR 5 Julai - Penyanyi Saleem Iklim, 54, dikhabarkan sakit dan dimasukkan ke wad Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras.

Saleem Iklim terlantar di HUKM

Perkhabaran itu dikongsi oleh Bagio Damasutra menerusi akaun Facebooknya berserta dengan gambar Saleem terbaring di atas katil.

Utusan Online yang berjaya menghubungi isteri Saleem, Julia dan memberitahu, penyanyi yang popular dengan lagu Juwita itu dimasukkan ke hospital sejak Hari Raya ketiga.

“Abang Saleem demam panas berlarutan dan dia hilang selera makan. Jadi, pada Hari Raya ketiga, kami bawa abang ke HUKM,” katanya.

Beliau berkata, doktor sedang mengawasi keadaan Saleem dan memohon seluruh peminat Saleem menitipkan doa agar dia cepat sihat dan pulih seperti sedia kala - Sumber Henna Ooi (FB).

Post a Comment

0 Comments