Hukuman Mati Terhadap Pengedar Dadah Dimansuhkan

Pelbagai undang-undang pelik di Malaysia sekarang ini diluluskan oleh kabinet dan pak-pak menteri yang bijaksana. Jika dahulu Malaysia agak terkejut apabila menteri-menteri dengan lantang menyuarakan yang mangsa rogol digalakkan untuk berkahwin dengan perogol. Hal ini seolah-olah semakin menggalakkan perogol untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Hukuman Mati Terhadap Pengedar Dadah Dimansuhkan

Kini hukuman mati terhadap pengedar dadah dimansuhkan oleh kabinet. Apa tujuannya dan apa rasionalnya hukuman mati itu dimansuhkan. Keptusan ini juga seolah-olah seperti menggalakkan pengedar dadah untuk melakukan 'kerjanya'. Mengikut apa yang dikatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada keputusan parlimen.

Namun begitu, pindaan ini memberikan mahkamah kuasa penuh bagi memutuskan hukuman pesalah dadah berdasarkan budi bicara hakim, katanya menjawab soalan Anggota Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Admin pernah berkongsi pengalaman untuk bertanyakan kepada orang tertentu mengenai keutusan ini, rata-rata mereka amat kecewa dengan keputusan kabinet yang hukuman mati terhadap pengedar dadah dimansuhkan. -DenaiBorneo.com

BAGI MENGIKUTI SEBARANG PERKEMBAGAN BERITA DARIPADA KAMI, SILA IKUTI/LIKE KAMI DI FACEBOOK DENAI BORNEO, TWITTER & TELEGRAM.

Post a Comment

0 Comments